Monday, June 7, 2010

Sketsa tauladan

“geng..aku ader barang baekkkk punya” bagitau Pijut.

“mana-mana….perghhh…cover depan dier mmg mantap ler beb” kagum dan girang wajah Ijan

Melopong ijan melihat sekeping DVD yang baru Pijut tunjukkan padanya. cover depan DVD  tue berlatar belakangkan gadis-gadis gedik & comel. Ijan memandang penuh nafsu. Nafasnya tersekat-sekat. Darah di hidungnya hampir-hampir memancut keluar. Teruk betul kelakuan Ijan petang tuh.

“Pijut..jom tengok DVD nih, tak sabar dah nih” gesa Ijan pada Pijut

“Nak tengok kat mana? Umah aku mana clear” balas Pijut

“takpe…tengok kat umah aku la, computer ader dalam bilik aku” bagitau Ijan

“chantekkkkk….” Tersenyum Pijut sambil menunjukkan ibu jarinya pada Ijan.

Mereka berdua beriringan jalan pulang kerumah Ijan. Dalam paler otak Ijan dah terbit macam-macam kaler. Dalam kepala otak Pijut plak dah memikirkan hidungnya berdarah sampai tersembur-sembur.

---@@@---

“Cepat Ijan bukak computer ko tuh, tak sabar plak aku nih” cakap Pijut sambil menghenjut-henjutkan badannya atas katil emput Ijan.

“sabar..sabar…takkan lari DVD berkaler nie” kata Ijan sambil tersenyum

Ijan membuka komputernya. Selepas windownya terbuka dengan pantas Ijan tekan punat untuk membuka pemain cakera di desktopnya. Cekap betul Ijan menggunakan kepakaran ITnya. Dengan pantas Ijan menyambar DVD yg terletak di atas meja kemudian terus di masukkan ke dalam pemain cakera. Ijan & Pijut menunggu dengan sabar untuk melihat tayangan yang bakal tertayang di dapan mata mereka nanti.

Kesabaran mereka hampr terjejas. Puas Ijan keluar masuk DVD dier kat dalam pemain cakera komputernya. Pijut dah baper kali menguap. Air dah baper gelas di minumnya. Tapi gambar kat DVD tuh tak muncul-muncul gaks. Ijan selaku pakar IT petang tue mula pening. Puas sudah dier gunakan segala teknik pengalamannya selama ini namun kali nie dier hampa. DVD tue tidak langsung mengeluarkan gambarnya.

“Siyallllll laaaaa…..” marah betul Ijan.

“dah la jan……aku dah boring dah nie…lain kali jer la kita tengok” balas Pijut.

“Okeylah…nah amik balik DVD ko nie” ujar Ijan sedikit kecewa.

“ko simpan ajer la DVD tuh…ko test la dulu..kot-kot kuar gambar plak nanti..aku nak amik cover dier jer” sengih Pijut yang dah sampai ke telinga.

“okeylah……” balas Ijan kembali.

Pijut berlari-lari pulang dengan girang sambil membawa cover DVD gadis gedik dan comel. Ijan hanya dapat DVD yang tak kuar-kuar gambar yang lama kelamaan beliau naik fedup.

---@@@---

14 tahun kemudian………

“geng..aku ader barang baru nie…malayu punya” bagitau Pijut.

“nak sedut..nak sedut…” ucap Ijan sambil tersenyum riang.

“nah amik nih….dalam nih ader international ader local…full 4 GB nih tau..kau layan la sampai pitam” bagitau Pijut.

“tocei…tocei…tocei….” Ucap Ijan dengan penuh adap sopan.

---@@@---

Ijan sampai menguap-nguap Malayan citer sewarna hasil pemberian Pijut. Darahnya dah tak serancak mengalir macam mula-mula dier melayan tadik.

Tiba-tiba ijan teringat kisah 14 tahun dahulu. Plot ceritanya lebih kurang sama. Cumanya teknologinya yang berbeza. Dulu Ijan tak tau pun yang CD rom tak bleh play DVD. Skang nih, Ijan siap bleh hidden folder lagik. Penuh external hardisk beliau ngan citer kaler tuh. Dulu-dulu masa zaman tape ngan CD kemain susah nak sorok. Dalam baju tak kena, dalam suar tak kena. Skang nie letak dalam poket pun boleh. Takder saper yang bleh syak wasangka.

---@@@---

Tahun 2020 menjelma…..

“Boy tengah pegang apa tuh” sapa Ijan pada anak lelakinya yang sudah meningkat remaja.

“takde pape ayah…note sejarah nie…tadi sedut kat Rahim” bagitau anaknya. 

Ijan mengangguk tanda faham dan yang paling penting tanpa syak wasangka. Anak lelakinya memang baik. Tak pernah sekali melanggar arahannya. Cuma kadang-kadang kenakalan itu memeningkan beliau. Tapi tak pernah walau sekalipun di panggil hadir kesekolah kerana masalah disiplin. Itu sudah cukup untuk menarik nafas kelegaan.

---@@@---

Tet…tet…tet…bunyi sms menerjah ruang inbox

“terbaik tak citer tuh” sms Rahim

“terbaik dowh….body dier mmg shape habis…” balas boy

“ko layan jer la..tapi jangan kantoi” pesan Rahim

“no problem…aku dah copy letak dalam chip…bapak aku takleh jumpe punya’ balas Boy

“okeyy…jumpe sok kat sekolah” balas Rahim kembali

Anak Ijan kembali kusyuk melayan citer tuh. Kalau Ijan masuk bilik anak dier automatic tayangan tuh minimize windownya siap mute suara lagik. Punya la berteknologi zaman tuh. Ijan pun dah tak larat nak follow sangat teknologi masa kini seperti mana dier follow zaman-zaman mudanya dulu.

P/S: bakal bapak dan mak. Kowang kena la siap sedia ngan menda-menda mcm nih. Prevent siap-siap, takut-takut melarat ke tahap maksimum. Aku dah bagi gambaran ngan citer mengarut kat atas tapi mungkin akan berlaku sedemikian lupa. Sekadar pengajaran. Heh heh heh……

No comments: