Friday, June 25, 2010

under investigation

Perghhh..baru gua tau yang gua nie sebenarnya orang yang amatlah bernasib baik. Dulu-dulu masa gua lepas UPSR, bapak gua kemain lagik cari kabel sana sini nak antar anak dia masuk RMC.

Di sebabkan gua nie jenis keras kepala, tak suka duduk kat tempat yang banyak sangat law nie. Terus gua jalankan amalan mogok sehingga bapak gua terpaksa berundur dari permintaanya. Mogok gua berjaya.

Kini………..

Tadi gua baca paper budak RMC mati. Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh akibat di buli oleh pelajar senior. Tetiba gua teringat balik time kena paksa masuk sekolah tue..

Nasib baik gua tak gi masuk belajar kat dalam kandang rimau tuh. Baik gua belajar kat sekolah biasa jer. Tahap nak respek merespek melampau-lampau orang lebih tua walaupun beza setahun jer mmg takde. Kalau rapat semua bleh jadi geng. Kalau kena tibai kat sekolah, bleh panggil brader-brader tolong. Kalau nak menibai pun, bleh panggil brader-brader turun jugak. Gua pun kompius, kalau aktiviti tibai-menibai nie, brader-brader nie ader jer muka diorang. Kalau takde aktiviti menibai, nak jumpa sekejap pun haram tak nampak muka.

Kalau la dulu-dulu, masa jiran sebelah menyebelah duk menyibuk tanya kenapa tak masuk asrama penuh. Gua time tuh gua akan jawab macam nie.

“saya tak nak mati kena buli ngan senior kat asrama dan juga tunduk hormat kat senior”

Amacam kukuh tak jawapan gua. 

No comments: