Thursday, May 27, 2010

Mat Dom yang gagah perkasa

“Usin…satu hari nanti nama aku akan terpahat kat dalam buku rekod dunia” kata Mat Dom tanpa di pinta.

“Mat Dom…usah lah kau bermimpi. Kau nak catat rekod dunia apa nie Mat Dom. Buku rekod sekolah dulu pun asyik merah jer memanjang, apa yang ko nak rekodkan kat dunia nie plak Mat Dom”, sindir Usin untuk memperlekehkan usaha Mat Dom.

“kau sikit pun tak bagi support kat member ko yang mempunyai wawasan 2020 nie” rajuk Mat Dom sambil bibirnya muncung ke depan.

Usin menggeleng-gelengkan kepalanya. Usin bukannya baru kenal Mat Dom nie. Dah dekat berpuluh tahun dia kenal Mat Dom. Sejak dari kecik dia dan Mat Dom bersama. Hendak di khabarkan betapa akrabnya Usin ngan Mat Dom nie, sampai masa mak-mak diorang nak melahirkan budak berdua nie pun di atas katil dalam rumah yang sama dan juga Bidan yang sama. Bidan Eton la yang menarik diorang kuar dari pangkal rahim mak-mak diorang. Macam tue la punya rapat budak dua ekor nie.

Sejak Mat Dom kena demam panas 5 tahun dulu, perangainya hyper nak mampos. Sampai ada ketika Usin terajang jer Mat Dom kalau tak tahan sangat ngan perilaku Mat Dom yang lebih kepada rosak akhlak. Kini Mat Dom bercita-cita hendak buat rekod dunia plak. Alamat memang tension ke tahap bedengung la Usin pasnie.

“Mat Dom…cuba ko bagitau aku rekod apa yang ko nak wat tue, mana la tau kot-kot aku bleh bagi kau khidmat nasihat” pujuk Usin pada Mat Dom yang sudah menonggeng akibat kecewa ngan sindiran Usin sebentar tadi.

“aku nak jadi manusia yang gagah perkasa” jawab Mat Dom yang berseri-seri wajahnya setelah di pujuk Usin.

“aku tak nak bagitau apa-apa kat ko dulu, pasal aku nak wat surprise” kata Mat Dom lagik.

‘ikut suka atie kamu la Mat Dom, janji kamu bahagia, jangan menyusahkan orang sudah lerrr” keluh Usin tentang tabiat giler Mat Dom tue.

“Cuba ko citer sket synopsis tentang aktiviti dan impian ko nih Mat Dom, kalau elok bleh la aku wat research sket tentang impian ko nie” ujar Usin pada Mat Dom lagik.

“ko jangan risau Usin, selagi kita berkawan aku tidak akan lupakan ko dan buat pengatahuan ko impian aku nih memang merbahaya pada manusia yang normal. Aku nak duk ngan binatang ganas selama mana yang aku mampu. Tapi rekod nie memang orang tak pernah buat. Aku dah sediakan peralatannya dan kalau takder aral melintang minggu depan aku akan mulakan misi merbahaya nie” padat dan penuh dengan informasi Mat Dom nyatakan ada Usin tanpa di pinta.

Usin mengeleng-gelengkan kepalanya. Pening Usin ngan perangai Mat Dom yang semakin hari semakin kusut beliau memikirkannya.
***
Mat Dom bukan main-main. Mat Dom memang mahu menempah namanya dalam buku rekod dunia. Walaupun buku rekod sekolahnya dahulu tidak pernah membanggakan malah lebih kepada menyampah kepada kedua ibu bapanya.

Usin kagum ngan semangat Mat Dom tue. Biol-biol Mat Dom tue pun masih lagik mempunyai semangat waja yang patut di contohi oleh remaja-remaja masa kini. Cumanya Usin masih lagik tidak pasti apakah binatang yang mahu Mat Dom nak duduk bersama selamanya tue.

***
Di tengah kawasan lapang terdapat satu khemah yang besar. Kawasan situ menjadi kecoh secara tiba-tiba. Mat Dom smart memakai tali leher corak bunga-bunga di gayakan dengan kemeja putih kain keras cap Bei Loon dan juga seluar Dockers pasar malam berwarna cerah. Pemberita berasak-asak ingin melihat aksi merbahaya Mat Dom. Tapi mereka semua juga seperti Usin. Tidak mengetahui binatang merbahaya yang mahu Mat Dom tinggal bersama. Mereka masih menanti.

Pancaran cahaya flash kamera bersinar-sinar di kawasan lapang itu. Mat Dom bergaya macho sambil mengharapkan Juliana anak Haji Peah akan terpikat ngan aksi nya selepas nie dan memungkinkan untuk Haji Peah menerima beliau sebagai menantu.

Usin berdiri tegak di barisan belakang pemberita. Ada CNN, ada NTV, ada BBC dan tidak lupa jugak Chiang Mai press. Mat Dom sudah glamer satu dunia. Usin bangga ngan semangat Mat Dom. Cumanya, masih lagi tersisip resah akan rahsia di sebalik menatang yang merbahaya di mata Mat Dom. Usin pening. Usin seperti malas hendak memikirkannya. Usin mahu melihat saja apa aksi yang ingin di lakukan oleh Mat Dom nanti.

“Tuan-tuan sekalian, tibalah masa yang di janjikan. Cubaan merbahaya dari saudara Mat Dom B. kudut untuk menempa namanya di dalam buku rekod dunia dengan tinggal di dalam sangkar bersama binatang merbahaya yang masih lagik rahsia selama mana yang Mat Dom mampu”, laungan dari MC hari tuh yang di pikul oleh Cik Kiah Lepat yang mewakili Kelab badminton wanita kampung Mat Dom.

Mat Dom tersenyum riang. Di lambaikan tangannya kearah sekalian penduduk kampung. Di barisan hadapan sekali kelihatan Ibu dan Bapa Mat Dom. Mereka tersenyum gembira melihat anak mereka bakal menempa nama di seantero dunia. Walaupun mereka berdua tahu yang anak mereka nih bodo-bodo alang, tapi kini mereka sudah boleh berbangga ngan kretiviti yang ada pada Mat Dom.

Mat Dom mengambil microphone dari Cik Kiah Lepat. Mat Dom menarik nafas dalam-dalam seperti mencari titik focus. Mat Dom mengukir senyuman menandakan beliau sudah bersedia. Kemudian Mat Dom mengumumkan kesediannya pada umum.

“Dengan ini saya Mat Dom b. Kudut sudah pun bersedia untuk mencipta satu rekod baru dunia untuk duduk paling lama bersama binatang paling berbahaya di dunia’ laung Mat Dom pada sekalian orang kampung dan pemberita.

“Dengan ini saya akan menunjukkan pada umum binatang paling ganas sekali di dunia di mana ia akan menobatkan saya sebagai pemegang rekod dunia tidak lama lagi” ucap Mat Dom sambil menarik kain selimutnya yang mempunyai tompok-tompok kuning sebagai penutup sangkar yg di katakan mempunyai binatang paling berbahaya di dunia.

Usin terlopong, pemberita terlopong, orang kampung terlopong, Cik Kiah Lepat melopong, mak ayah Mat Dom ternganga dan hamper pitam. Mat Dom tersenyum sumbing. Dalam sangkar tuh kosong. Takder langsung binatang. Hatta baying sekalipun harem tak Nampak. Pemberita mula panas telinga. Mat Dom bakal kena debik ngan orang kampung hari nie.

“Cisss…hawau punya Mat Dom pembohong, meyusahkan aku jer datang sini jauh-jauh” jerit pemberita dari Chiang Mai.

“Aku lepokk jugak Mat Dom nie karang..Eeeee” ketua kampung pula bersuara.

“menate beruk mok yee nye Mat Dom, jauh kawe mari sini mu taw dok” awing adik awing hussin selaku ketua rombongan dari Kelantan pula menyumpah Mat Dom.

“Balik rumah malam nie aku semelih ko Mat Dom” bisik hati kecik Ayah Mat Dom

“Bang malam nie kita kena wat anak lagik satu utk ganti Mat Dom” Bisik Mak Mat Dom pada Ayahnya.

Mat Dom cuba untuk mengawal keadaan yang semakin membimbangkan. Penduduk kampung kelihatan sudah hangin ngan Mat Dom. Sudah ader yang berani membakar pelepah kelapa tanda protes kepada Mat Dom yang kelihatan cuba untuk mempermain-mainkan emosi mereka. Mat Dom masih lagik bertenang. Mat Dom masih kelihatan cool di atas pentas. Cik Kiah Lepat awal-awal lagik sudah memecut lari meninggalkan pentas.

“Sabar tuan puan semua, sabar, biar saya terangkan keadaan sebenarnya, dalam sangkar ini memang terdapat binatang merbahaya” ucap Mat Dom cuba untuk mengawal emosi penduduk kampung.

‘menatang hapanya, baying pun takde” jerit salah seorang penduduk kampung.

‘Baiklah kini saya sendiri akan masuk dalam sangkar ini sekarang untuk mencipta nama sebagai pemegang rekod dunia” kata Mat Dom lagik.

‘sudah laaa…jangan nak bohong…apa menda mentang yang duduk dalam tuh” laung ketua kampung dari bawah pentas.

“di dalam sangkar ini terdapat binatang yang memang merbahaya di dunia dan saya akan buka sangkar ini sekaranag. Binatang dalam sangkar ini namanya nyamuk aedes” laung Mat Dom sambil membuka sangkar.

Kini keadaan bertambah kecoh. Penduduk kampung bersimpang siur lari menyelamatkan diri. Usin sudah memecut lari sejauh yang mungkin dan memikirkan untuk keluar dari kampung. Cik Kiah lepat sudah semakin jauh meninggalkan kampung halaman. Tok ketua tercungap-cungap berlari menyelamatkan diri.
***
Sudah 2 minggu penduduk kampung Mat Dom masuk spital akibat terkena penyakit denggi berdarah. Mat Dom pulak baru jer di pindahkan ke Wad ICU level 1 sebab Usin kerate rusuk Mat Dom sampai patah 8. Usin koma dekat seminggu. Celik-celik biji mata jer Usin gi cari Mat Dom terus di karate dan di pelupohnya kawannya tuh sampai Mat Dom terpaksa menerima rawatan rapi level 1.

“Bodoh bahalol punya Mat Dom..@%$#&%@$!!!#@)&^*..” dicarutnya Mat Dom sepuas-puasnya oleh Usin. Geram Usin pada Mat Dom bagaikan tiada kesudahan.

Bukan Usin sorang jer yang menunggu Mat Dom. Seluruh penduduk kampung mencari ruang dan peluang untuk pelupuh Mat Dom. Bomoh dan dukun sudah bersedia ngan jin dan hantu syaitan mereka untuk menyantau Mat Dom. Mak Ayah Mat Dom dah selamat menempah batu nisan dan tapak kubur untuk anak mereka serta tiket kapal terbang gi Amerika untuk cubaan melarikan diri selepas selesai menguruskan jenazah Mat Dom jika mati nanti.

No comments: