Tuesday, June 22, 2010

Keinsafan dan tauladan

“Hahahahaha……” gelak besar suara makhluk tuh.

“Habis la kau kejap lagi, kau ingat ko hebat….” Kata geng makhluk tue plak.

“Maafkan aku wahai makhluk, berikan aku satu lagik peluang” rayu Jalak.

“Ahhhhh….rayuan kau sudah tidak di terima lagi, segala surat menyurat mahupun sms tidak akan di layan sama sekali…hahhahahahhaha” kata makhluk tue.

“ohhhhhh…..isss…issss…” esakkan tangisan Jalak.

Majid datang menenangkan Jalak. Majid turut sama terperangkap seperti Jalak.

“Sudahlah Jalak, tidak guna kau bersedih…” pujuk Majid.

“Sudah…kamu berdua cepat jalan kearah sana. Kemudian belok kiri.” Arah makhluk tuh.

Majid ngan Jalak berjalan beriringan sambil terketar-ketar ketakutan. Sampai di tempat yang di tuju, mereka berdua melihat kearah signboard. Signboard tue tertulis “Simpang ke arah neraka”. Muka budak dua ekor nie dah macam nak menangis meraung-raung dah. Jalan nak ke neraka rupanya yang diorang kena pergi. Meleleh air mata Jalak tika nie. Tak sempat dier nak usha Limah janda.

“Hahahahha….padan muka korang kena masuk neraka” gelak makhluk tue.

“Apa salah kami sampai kena masuk neraka plak nie…?” Tanya Majid.

“Ohhhhh…tak tahu yerrrr...ker korang buat-buat tak tahu” Tanya makhluk tue plak.

“Betul encik makhluk, kami berdua memang tak tahu kenapa kena masuk neraka, tolong la bagitau kami” rayu Jalak pula.

“ohhh…tak ingat yer…nah kau tengok video depan ko nih” bagitau makhluk tuh.

Kat depan diorang terpapar muka Jalak ngan Majid tengah baik punya gelak-gelak sambil terima duit. Diorang jadi bookie bola sempena world cup tahun nie. Ntah macam mana punya suwey malam tuh, Diorang kena rush ngan polis. Jalak terkejut terus meninggal kat situ jugak. Majid pulak ader asma, terus semput sampai takleh nak bernafas langsung out kat situ jugak.

Dua-dua orang dah sedar. Tak sempat nak bertaubat. Makhluk tue plak baik punya tunjukkan muka yang garang kat diorang. Pastu setan ngan iblis baik punya senyum manis kat diorang menunjukkan tanda bagus kerana bakal menjadi teman diorang nanti.

“tapi..kerajaan kami dah kata judi bola nie dah halal…”Jalak menjawab dengan sopan.

“hah !!!, halal kau kata…..” balas makhluk tue sambil membeliakkan matanya.

“betul encik makhluk, kerajaan kami bagitau judi bola nie halal….” Ulas Majid pula.

Syaitan sudah bertepuk bertampar bila kala mendengar ulasan lemah dari mangkuk dua orang nih. Iblis dah berguling-guling ketawa. Jalak ngan Majid kaget melihat perilaku syaitan dan Iblis.

“halal kau cakap….nah amik tiket ekspress kau nie…” tempik makhluk tu sambil melancarkan tendangan kat belakang Majid dan Jalak.

ZZZZiiiiuuuuunggggggg….melayang Jalak ngan Majid terbang.

Kat depan diorang skang nie dah nampak pintu neraka. Iblis ngan syaitan dah melambai-lambai menyambut ketibaan. Muka dua orang nih dah cuak giler.

“Bablier punya Najib….” Jerit Jalak ngan Majid serentak.

“tunggu kau Najib dan kroni-kroni korang, aku tunggu korang semua kat pintu neraka nie…hahahahahahha…” getus hati kecil Majid.

Tinggal berapa inci je lagi nak sampai ke pintu neraka. Bahang kehangatan api sudah semakin di rasai. Kulit Majid ngan Jalak dah mengelupas-lupas akibat kepanasan api neraka.

Plapppppp………

“Abang bangung semayang subuh, mengigau plak dia nie. Abis bersepah depan nie. Nie tido ke bergusti nie…” bebel isteri Jalak.

Jalak bermimpi rupanya. Berpeluh-peluh Jalak. Ruang tamu tempat Jalak tertidi tadi dah jungkang kalang. Macam baru lepas reformasi jer. Bersepah depan tue. Bergegas Jalak tunaikan solat subuh, kemudian dengan pantas dia keluar pergi ke rumah Majid untuk di ceritakan mimpinya itu.

~~@@@~~

Rupanya Majid juga bermimpi benda yang sama. Mereka bersama-sama menadah tangan mengucap kesyukuran sebab tak masuk neraka lagik. Kalau tak dah tentu syaitan ngan Iblis dah dapat geng baru. Kini mereka berdua sudah insaf dan tidak mahu bergelumang ngan judi bola lagi.

Amacam…ada bawak ikhtibar dan ketakutan tak?. Gua bagi lu orang keinsafan pagi-pagi nie. Senang citer macam sesi tazkirah pagi la. Kalau lu orang berani, try la gi main judi bola yang halal…heh heh heh.

No comments: