Monday, June 21, 2010

KIsah Mak Timah

“Sakinah kemari kau cepat…….” Jerit Mak Timah.

“Apa dia mak….Kinah kat Bilik nie……” Jawab Sakinah kembali.

“keluar cepat…keluar kau cepat…cepatttttttt…” jerit Mak Timah lagi.

Krekkkkk…..tombol pintu di pulas oleh Sakinah.

Dalam bilik tadi Sakinah sudah jadi pelik. Maknya tetiba hangin tak tentu pasal. Macam ada benda salah yang dia dah buat. Bukan main marah lagik suara Mak Timah. Sampai ke gunung semanggol sana boleh dengar suara Mak Timah bertempik. Gajah kat hutan simpan sana tuh pun leh serrunder kalau dengar tempikan Mak Temah.

“Apa dia mak?. Apahal marah sangat bunyi nya nie?...” Tanya Sakinah.

“Apa dia kau Tanya aku?...anak tak kenang budi…anak siyallllll…..” jerit Mak Timah.

Pangggggg…..bunyi pelempang yang hinggap kat pipi merah Sakinah.

Memang perit beb kalau kena pelempang tahap level tinggi macam tue. Sakinah menggosok-gosok pipinya yang pedih akibat di lempang oleh Maknya. Matanya sudah berkaca kerana di lempang tanpa mengerti dan mengetahui puncanya. Air matanya mengalir lesu. Mulutnya terlopong.

“Kenapa mak lempang Kinah mak…kenapa” Tanya Sakinah sambil mengangis.

“kau tanya aku kenapa kinah?. Hah !!! dasar anak tak kenal dek untung…kalau aku tahu la macam nie perangai kau, dulu lagi aku tinggalkan kau kat Zoo Negara dalam kandang rimau tue” pekik Mak Timah.

“Tapi apa salah Kinah sampai mak marah kinah macam nie sekali” Tanya Sakinah teresak-esak.

“Jiran-jiran kita semua dah bercakap pasal kau, aku malu tahu tak kinah, aku malu !!!!” Raung Mak Timah sambil menutup muka.

Kedua-duanya menangis sampai kekadang tarangkat bumbung Rumah. Pakcik Samat merangkap suami Mak Timah dan bapa kepada Sakinah bergegas keluar dari bilik air setelah selesai membuang hajatnya.

“nie apahal bising-bising nie, aku nak melabor pun terganggu tahu tak !!. Timah, apahal kau terjerit-jerit macam jumpa Bruce Dicksons nie” Tanya Pak cik Samat sambil melancarkan emosi tak puas hati.

“Sakinah nie bang…Sakinah nie…..Warghhhhhh…” raung Mak Timah kembali.

“Sakinah? Apa kenanya ngan Sakinah plak nie? Bagitau la. Apahalnya dengan  Sakinah nie sampai terjerit-jerit macam nie macam orang kena rasuk…” Tanya Pak cik Samat.

“Tadi saya pergi Kedai Malik, Bedah bini dak Ucop tue bagitau pada Milah janda kassim yang si Sakinah nie dah mengandung 4 bulan. Saya malu bang, saya malu. Belum ada keturunan saya  yang berani membuat onar macam nie. Dia dah menconteng arang di muka kita sekeluarga bang. Warghhhhh…” raungan Mak Timah lebih kuat dari tadi sehingga nampak anak tekaknya.

“Betul ke Kinah tengah mengandung nie?....” Tanya Pak cik Samat dengan tenang.

“Betul ayah….” Jawab Sakinah lemah.

“Tengok tue….boleh buat muka cool lagik tue” jerit Mak Timah.

Pak cik samat senyum dengan tenang. Seperti tiada apa yang salah akibat perlakuan Sakinah. Pak cik Samat menghulurkan tangannya sambil menarik Sakinah bangun. Muka Pak cik Samat tersenyum tenang. Mak Timah bengan ngan attitude Pak cik Samat yang tenang tue sambil mengkarate pasu bunga di sebelahnya.

“Baguslah Sakinah dah mengandung, dapat juga ayah menimang cucu…” kata Pak cik Samat lembut.

Hampir pitam Mak Timah mendengar ucapan ringkas Pak cik Samat tue. Sedihnya tidak terkira. Mengggigil tangan Mak Timah untuk mengkarate tengkuk laki beliau.

Mak Timah sudah berdiri. Kini dia betul-betul di belakang Pak cik Samat. Dia tak puas hati dengan tindakan Pak cik Samat yang langsung macam takde perasaan. Mak Timah dah aim tengkuk Pak cik Samat untuk di karate. Tinggal beberapa inci jer lagi nak kena kat tengkuk Pak cik Samat, Pak cik Samat lebih pantas refleksinya untuk menangkap tangan Mak Timah sambil membuat gaya IP Man. Tangan Mak Timah berpintal-pintal.

Kini Pak cik Samat punya peluang untuk membalas serangan hendap Mak Timah tadi. Di buatnya aksi ular terus di tempelengnya Mak Timah untuk pengajaran dan juga supaya ingatannya lebih kuat.

“Nasib baik saya takde keturunan yang berpenyakit nyanyuk macam awak nie. Awak lupa ker anak kita nie dah 7 bulan kahwin” balas Pak cik samat sambil buat aksi Bruce Lee.

“Sudah la…malas saya nak melayan awak nie. Buang masa saya jer. Baik saya sambung hajat saya tadi lagi bagus” kata Pak cik Samat kembali.

Mak Timah tersipu-sipu malu sambil berlari-lari anak masuk kedalam bilik. Sakinah pula tersenyum kemenagan sambil mengosok pipinya yang masih perit di lempang ibunya tadi.

“Hoh…sakit betul pipi aku kena lempang tadi” getus hati kecil Sakinah.

No comments: