Tuesday, February 8, 2011

Impian Bruce

Bruce memandang hembusan ombak tanpa berkelip matanya. Jauh di sudut hati seperti ada sesuatu yang memberatkan perasaannya.

Wajah Bruce agak muram. Kedua-dua tangannya di silangkan memeluk tubuhnya sendiri. Satu keluhan berat dan deras dari helaan nafasnya. Tentu berat masalah yang di hadapi Bruce sekarang ini.

Aku tidak mahu bertanya apa-apa. Jika Bruce ingin berkongsi masalahnya dengan aku, aku dengan rela hati menadah telinga ini untuk menjadi pendengarnya yang setia.

Bruce mengeluh sekali lagi sambil berpaling dan memandang tepat kearah mukaku. Aku berlagak simpati pada Bruce walaupun aku tidak tahu apa masalahnya.

Bruce mengubah posisinya dan kini betul-betul berhadapan dengan aku. Bruce membuka mulut untuk memulakan bicaranya. Aku sendiri sudah sedia dengan pendengaranku.

“Aku…….” Kata- Bruce terhenti

Aku hanya menanti Bruce menghabiskan kata-katanya sambil buat muka cool.

“Aku rasa aku ada bakat yang cukup tinggi untuk menjadi seorang mufti” luahan kata-kata dari Bruce.

“Iyaa !....” jawapan dari aku.

Pendek, ringkas dan padat dari seorang rakan yang telah menawarkan diri menjadi seorang pendengar yang setia.

Situasi selepas itu tidak dapat untuk aku taipkan. Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak describe kan situasi itu melalui bentuk penulisan. Tapi yang pasti, jika keluar berita tentang penemuan mangsa kena pijak sehingga di rawat di unit kecemasan di hospital besar. Bermakna mangsa itu bernama Bruce Dicksons.

Sembahyang Jumaat pun setahun 3 kali pergi, ada hati nak jadi Mufti! 

No comments: