Sunday, February 6, 2011

Siri Nostalgia 02' : Kem BTN Maran Pahang

Mata masih lagi tak boleh nak lelap, Badan penat, tapi tak boleh tido. Ajim yang duduk dekat katil atas dah bapa kali tukar site. Bukan main nyenyak lagi dia tido. Perasaan gelisah betul malam tu.

Gua seluk pelahan-pelahan kocek seluar. Gua angkat satu batang rokok dan lighter. Berjengket-jengket gua turun dari katil menuju ke bilik air yang terletak di hujung block gua menginap.

Dengan pantas gua menyalakan api rokok apabila sampai di dalam toilet. Kegelapan toilet dan di tambahkan lagi dengan suasana sunyi sepi juga bunyi cengkerik bersahut-sahutan. Ohh yaaa! Bunyi angin bertiup dan menghayun pokok-pokok hutan juga menambahkan lagi suasana gothic. Tapi itu semua tidak sedikit pun mengurangkan semangat gua untuk menghabiskan sebatang rokok sebelum masuk tidur dengan tenang.

Dalam beberapa saat kemudian bunyi tapak kasut yang berladam berjalan di atas lantai simen menuju kearah toilet yang gua sedang duduki buat sementara waktu.

“Prap prap prap!” Bunyi tapak kasut.

Kedengaran bunyi tapak kasut itu berhenti tepat di muka pintu bilik air. Gua yang berada di balik pintu jamban hanya meninjau melalui ekor mata saja. Gua tenang buat seketika waktu ketika melihat kakinya jejak di lantai. Pemandangan yang begitu terhad melalui samaran lampu-lampu neon kem yang terpasang di persekitaran block.

“Sesiapa yang berada dalam toilet ini, sila keluar dengan segera!” tegas bunyi suaranya.

Gua melangkah dengan perasaan cuak dengan rokok masih berbaki di tangan. Dalam kesamaran gua dapat lihat muka ketua jurulatih sedang memandang tepat kearah gua.

“Kau rupanya, kenapa la kau hisap rokok dalam gelap ni, buat takut aku jerr kau nih!” ketua jurulatih bersuara.

“benda tak boleh tahanlah tuan, nak kena jugak satu hari baru tenang nak tido!” Gua bagi alasan sempoi.

“kau ni hisap rokok sorang-sorang, mintak sini lighter”

“Dah tuan pun tak kasi order, macam mana nak ajak. Nah lighter tuan!”

“boring la hisap rokok macam ni, jom kita pekena rokok sambil pekena kopi panas, amacam?” ketua jurulatih bagi cadangan bernas.

“cantik jugak tu tuan, mata saya nih pun macam lambat lagi jer nak lelap nih” balas gua tanda setuju.

Dalam perjalanan menuju ke kantin…….

“bukan  pelatih tak boleh hisap rokok ke dalam kawasan latihan?” ketua jurulatih bertanya.

“memang tak boleh tuan, tapi dah tak boleh tahan la tuan, Jadi saya isap la sorok-sorok bukan secara terang-terangan” alasan yang lebih praktikal dari gua.

“ermmmm! Ko pergi kantin amik kopi panas, aku tunggu dekat depan astaka” arah ketua jurulatih.

Tanpa banyak soal gua pergi dengan senang hati. Dua gelas besar kopi panas yang masih berasap telah siap gua bawa di astaka. Ketua jurulatih dengan muka senyum sambil menghirup kopi panas sedikit demi sedikit kedalam mulut beliau. Sambil-sambil itu beliau menarik dalam-dalam rokok cengkih sambil menghembus kuat ke udara.

Gua…………?

“Laju lagi! Aku tak suruh berhenti lagi, nie kopi banyak lagi nih! Cepat sikit!”

Gua kena henjut ketampi sampai kopi panas gelas besar yang gua ambil tu habis di minum. Dengan tidak berbaju, dengan angin subuh yang mula menghembus kesejukannya sehingga mencengkam tulang. Gua henjut ketampi sambil menggigil seperti menari.

Kalau tahu gua kena denda, baik gua bawak satu gelas kecik kopi panas. Ini subuh-subuh buta kena henjut ketampi dengan tidak berbaju dan juga secara solo memang langsung tak best. Masa tu la terasa nikmat kalau dapat tido dan baring dalam block.

Buat muka kesian pun tak guna, pasal dia punya muka memang takde langsung belas kasihan punya manusia!

No comments: