Wednesday, May 12, 2010

kerja separuh hari, cuti sepanjang hari

Lokasi : Ladang Jagung projek more jutaria.

“Pis…tgh hari nie dalam pukul 2.30 nie kita sambung balik ehh. Kita tanam benih, tabor EM, pastu kalau ader maser kiter tabor benih buah plak”

Itulah kata-kata dari mulut partner aku dalam bidang pertanian nih. Ialah kerja banyak giler pastu nak kejar masa lagi. Mmg la kena kerja lebih masa sket. Benda mcm nih mana bleh main tangguh-tangguh. Nanti haram tak jadi.
***
“lewat sket la kita masuk ptg nie, dalam pukul 3.00 kiter masuk balik”.Sms dari partner aku.

Aku hanya tersenyum tanpa membalas sms tersebut kerana aku juga turut kepenatan. Al-maklum la dah 3 haru kitorang bekerja tak ubah macam pekerja kontraktor indon yang buat rumah kat area kebun aku nih. Penat dia tuhan ajer la yang tahu.

Sambil-sambil tunggu pukul 3.00 ptg, aku mengelamun la kejap. Piker itu ini begitu begini. Pikir bakal bini, tunggu jawapan dari bakal gadis, bayar itu ini, mmg banyak giler ler nak piker dengan waktu yang singkat mcm tuh. Orang kayak at America nun pun takbleh piker mcm mana yang aku piker. Aku raser ajer la pasal, bukan aku pernah gi America pun, bercampur ngan orang amerika yang kaya pun lagik la jauh ke lautnya.

Tet..tet..tet…”pis, aku ngantuk lagik la, lepas asar jer la kita masuk balik”. Sms partner sekali lagik menerjah ruang inbox sms.

Tampa membalas sms, aku terus amik bantal yang agak empuk dan terus menidokan diri. Lepas asar nie nak bangun bekerja keras. Sambil-sambil nak layan tido tuh pekena lagu dari the cure dulu. Baru mata bleh layan lelap.
***
Puas betul tido ptg nih. Bangun semayang asar nak gi kebun, siapkan kerja-kerja yang banyak tertinggal tadik tuh. Perghhh…raser segala urat-urat kat badan nih kembali bernafas dengan mudah dan kendur kerana dapat rehat lebih sket dalam waktu tengah hari. Aku amik nset aku. Tengok jam kat nset. Aku nih jenis tido kat depan TV. Mata terus menatap rancangan yang sedang keudara pada petang tuh. Bergegas aku ambik wuduq bersolat Asar.

***
Apa cerita, celik-celik bijik mata Nampak muka Lisa Surihani. Dah pukul 6.30. Kebun apanya. Layan citer Adam Maya lagik bagus…Kehkehkeh….

No comments: