Tuesday, May 25, 2010

Jamal yang cool

“Awak, jom jumpa saya kat Taman Bunga malam nie”. Sms dari Esah kepada Jamal.

“okey..pukul 10 mlm nie, kat kerusi panjang yg banyak pokok-pokok bunga tuh”. Reply dari Jamal kepada Esah.

Muka Jamal sudah berbunga riang. Malam nie dier akan dating jumpa Esah. Jamal dengan pantas meluru masuk ke toilet untuk mandi-manda. Selesai mandi Jamal sudah terpacak depan almari baju. Abis semua baju dalam almari tue di kombahnya. Nampaknya satu pun tak menarik perhatian Jamal.

Kemudian Jamal dapat akal bijak. Di redahnya bilik member serumah. Di selongkarnya almari baju rakan serumah beliau. Tersemat di hati Jamal dengan ungkapan kata-kata “ biar hilang kawan janji jangan miss dating ngan Esah”. Itulah pemikiran singkat Jamal yang tak berapa nak cerdik keputusannya.

Selongkar punya selongkar, akhirnya Jamal dah jumpa satu baju yang Nampak gayanya cukup santai. Memang sesuai untuk berdating di taman bunga. Dengan baju yang bercorak bunga-bunga di sertakan seluar merah kotak-kotak kaler meroon. Jamal tersenyum puas di hadapan cermin. Rambut Jamal sisir rapi. Hampir segengam tancho Jamal pakai untuk di gayakan pada rambautnya supaya menjadi pacak-pacak. Baru stylo, bisik hati kecil Jamal.

Sesudah puas mengayakan beberapa kali di hadapan cermin, Jamal kelihatan puas. Tapi ader sesuatu yang kurang pada pada Jamal. Bau-bauan nya agaks kurang di hidung Jamal. Hendak-hendak bau ketiak Jamal. Perrghhh…memang bau tungkik. Jamal dengan pantas spry minyak wangi cap pasal malam 3 botol Rm 10. “Biar wangi sket, supaya Esah selalu mimpikan aku”, bisik hati kecil Jamal.

Jamal pantas turun ke bawah menghidupkan enjin moto beliau yang lebih sket lagi nak sama level dengan bunyi enjin motobot. Asap moto berkepul-kepul sampai tengelam bau minyak wangi Jamal. Jam sudah menunjukkan hamper pukul 10.00 malam, menunjukkan Jamal harus bertolak dengan pantas supaya Esah tidak menunggu lama.

***
Sampai sahaja di taman bunga, Jamal sudah memanjangkan lehernya mencari Esah. Helmet di buka, rambut Jamal setting baik punya supaya nampak kemas di mata Esah. Jamal berjalan-jalan sambil menyanyikan lagu menaruh harapan. Kelihatan ada beberapa pasangan Remaja sedang bercengkerama di bawah sinaran purnama. Jamal menjuihkan bibirnya pada mereka. Bagi Jamal, mereka tuh langsung tak stylo dan tidak beromentika. Pda pandangan Jamal hanya dia saja yang terbaik di taman itu untuk beromantika bersama Esah.

***
Esah sudah menanti dengan tenang di taman tempat yg telah di janjikan. Jamal memberi salam sambil menhulurkan tangan. Esah menyambut salam di sulami dengan senyuman yang penuh bermakna. Jamal menggengam mesra tangan Esah sambil mengucup mesra tangan Esah. Esah tersenyum penuh menggoda. Nafas Jamal berombak-ombak kencang seperti di landa tsunami. Jamal memulakan buah bicara sambil nafas tersekat-sekat. Maybe sebab bau minyak wangi Esah yang pekat likat umpama bau minyak atar kot.

“Esah sudah lama sampai”, Tanya Jamal.

“Baru sahaja bang”, jawab Esah ringkas.

“kenapa Esah macam tak sabar-sabar nak jumpa abg nie, kenapa mcm tak boleh tunggu hari minggu jer seperti biasa, rindu pada abg yeeee”, bertubi-tubi pertanyaan dari Jamal seperti romeo yang sedang tertelan buah geduak.

“ada perkara penting yang mahu Esah cakapkan pada abg. Esah harap abag boleh menerima perkara ini dengan tenang”, balas Esah.

Jamal tenang sambil membuka rokok kretek yg belum di buka plastiknya. Jamal ketuk kuat-kuat kotak itu di tapak tangan kiri untuk memampatkan tembakau. Jamal mengambil sebatang lalu menyalakan api. Jamal sedut dalam-dalam. Jamal kelihatan tenang sambil tersenyum.

“cakaplah Esah apa yang mahu Esah sampaikan, abg sedia mendengarnya”, luah Jamal sambil menghembus asap rokok keluar dari dua belah hidung beliau. Tempiasnya sedikit sebanyak mengenai Esah. Esah terbatuk sedikit.

Esah mula menyingsingkan kainnya,seliparnya di tanggalkan kemudian di jinjing di tangan kirinya. Esah menarik napas dalam-dalam. Seperti ingin mencari sedikit focus sebelum menyatakan pada Jamal. Esah sudah bersedia.

“abg..sebenarnya minggu depan Esah…..” Esah gagal mengawal emosinya. Teresak-esak Esah menangis.

Jamal masih lagi style dengan rokok kreteknya. Jamal masih tidak dapat fahami maksud sebenar yg ingin di sampaikan oleh Esah.

“Esah…tell me why, cube cerite Esah pada abg, apa sebenarnya yang berlaku, cuba cerite..cube cerite” Jamal bertanya dalam keadaan suara yang agak di tinggikan pitching nya sedikit.

“abg…kita tidak boleh lagik berjumpa seperti ini lagi, kita harus berpisah sekarang” Kata Esah dengan tangisan yang semakin teresak-esak.

“kenapa Esah kenapa, cuba Esah cakap betul-betul pada abg, kenapa harus jadi begini” Tanya Jamal seperti tidak puas hati kat Esah.

“Abg…Minggu depan Esah kahwin bang..Esah kahwin bang” jawab Esahj sambil berteriak sakan giler babeng. Dah mcm raungan wolf plak time tuh.

“ apa? Kahwin….? Dengan siapa Esah..dengan Siapa?” Tanya Jamal bertalu-talu.

Esah sudah menjeling daring. Pasal matanya pedih kena asap rokok retek Jamal. Tetiba jer Esah rasa nak melempang Jamal waktu tuh.

Esah menyingsing kemas kain beliau, Selipar di tangan Esah di pegang kemas takut tertanggal ataupun tercicir.

“Esah akan berkahwin dengan…..” Esah seperti tidak mampu menghabiskan ayatnya.

“Dengan siapa Esah..dengan Siapa?” Tanya Jamal lagik.

“Dengan ayah abg” jawab Esah ringkas.

Dengan serta merta Esah berlari seperti kartun. Esah memecut laju membelah kegelapan malam. Hanya minyak wangi cap ape ke benda ntah jer yang tinggal menusuk di hidung Jamal. Jamal tenang. Jamal membuka sebatang lagi rokok kretek kemudian di nyalakannya. Jamal tarik dalam-dalam kemudian menghembuskannya dengan segera. Jamal puas. Jamal tersenyum.

“Cari awek lain la, Esah dah nak jadi mak tiri aku pasnie” bisik hati kecil Jamal sambil tersenyum simpul. Rokok kreteknya Jamal tarik dalam-dalam menandakan kepuasan. Jamal memang seorang yang cool.

No comments: