Sunday, May 23, 2010

Padil Si Baran (Episod 2)

Kini hari-hari yang di impikan oleh sekelian penduduk kampung telah pun tiba. Lagaknya umpama sedang menonton World cup secara live pada Bola sepak batu 11 pekan Bukit Rambai. Padil sudah lama menanti dengan kureng sabar. Semenjak berita tentang pencabaran mahaguru kampung seberang itu ke atas Padil, kemain menjadi-jadi lagik kebaranan beliau. Sehinggakan Janda Senah bertanya pada Padil jam sudah menunjukkan pukul berapa pun Padil bleh backhand Janda Senah sampai skang nih muka janda Senah senget sebelah.

Di beritakan bahawa Pemegang sponsor paling mahal untuk pertarungan tersebut adalah janda Senah. Beliau support mahaguru kampung seberang tue bukan alang-alang punya sponsor. Siap wangian, sabun, syampoo, top up, casing nset, selipar Jepun mahupun pencuci pingan mangkuk telah di sponsor oleh janda Senah. Ini adalah bertujuan untuk melihat si Padil tewas pada hari itu dan memungkinkan ketua kampung akan melantik janda Senah sebagai ketua wanita umno cwng. Kampung beliau.

Mahaguru kampung seberang sudah hadir di tapak gelanggang yang di janjikan. Cuma kelibat Padil je yang belum Nampak-nampak lagik. Ada antara orang kampung sudah berani membuat pertaruhan besar keatas mahaguru kampung seberang itu. Melihat cara perilaku jalan, tumbukan angin, libasan kaki, lompatan katak pisang dan cara mengkarate tebu telah memungkinkan kemenangan telah pun berpihak kepada mahaguru tersebut.

Sudah ada cakap-cakap belakang mengatakan bahawa Padil sudah pun lari pergi beli tiket ke amerika. Pasal takut melihat kehandalan mahaguru tersebut. Nah…! Belum sempat mereka menghabiskan kata-kata nista pada si Padil. Sudah ada penduduk kampung yang cedera parah di pelangkung Padil yang menyamar duduk di kalangan orang-orang kampung. Dapat plak orag kampung tuk kutuk Padil depan-depan. Mmg padil tak bagi can la. Terus ajer di humbankan org kampung tersebut ke arah paya yang terletak di belakang gelanggang bertarungan.

Kini Padil sudah melangkah ke tengah gelanggang. Berjalan dengan penuh kerek nak mampos. Menyampah pulak bila berimaginasi kereknya langkah si Padil nie. Padil berjalan sambil memakan tebu. Idea memakan tebu itupun Padil dapat melalui cerita pendekar filem melayu zaman 70-an. Kalau orang jahat mesti ketawa berdekah-dekah sambil makan tebu. Pastu kena pegang tangan gadis-gadis manis. Yang lain Padil dah memang nampak sebijik macam orang jahat dalam citer pendekar melayu tu, tapi yang bezanya berhampiran Padil tidak ada gadis-gadis manis. Yang ada pun Bidan Eton yang sudah mencapai umur expired, balancing bidan Eton tak berapa nak elok sangat. Silap-silap kalau Padil rentap tangan Bidan Eton mau terkehe 360 degree tangan orang tua tue. Pinggang orang tua tue pun bleh membuatkan beliau bongkok dengan kadaran yang maksimum seperti rukuk lagaknya nanti.

Baran-baran si padil itu pun mampu juga berfikir yg waras. Padil berfikir sekiranya Bidan Eton injured sapa plak yang bleh menjadi Bidan untuk ibu-ibu muda melahirkan anak sulung mahupun kedua. Mahu tidak mahu Padil bertukar sisi pula. Padil merentap tangan Kassim yang berperangan seperti agar-agar. Meliang lentok si Kassim umpama geleh gerudi si Inul Darassita. Sambil bersuarakan nyaring seperti wanita yang tercekik tulang ayam KFC.
  
“Lepaskan aku Padil, lepaskan aku. Aku masih dara. Ehhh…silap…Aku masih teruna, Awwww…”, Rayu Kassim pada Padil.

Kassim terus di hempas Padil kat tengah gelanggang sampai terpelecuk kakinya. Muka Kassim tersembam ke tanah dan hamper-hampir jugak la dapat bonus terpalit taik ayam candu. Muka Padil dah memang kerek giler dah. Padil tersenyum puas kerana actingnya yang kelihatan seperti orang jahat dalam citer pendekar berjaya. Kini masanya untuk beradu kekuatan dengan mahaguru kampung sebelah. Padil meludah ke sisi kiri. Perghhh…kahak hijau pekat melikat pertepek kat muka Bidan Eton. Dekat 10 minit jugak la Bidan Eton melatah sambil mencarut-carut kearah Padil.

Padil rileks sambil menunjukkan bengisnya. Mahaguru tersebut Padil pandang sebelah sisi mata je. Takde perasaan takut langsung lagaknya Padil nie. Mahuguru sudah membuatkan acting yang seakan-akan chuck Noris. Padil sedang membuat regangan badan yang sempat di belajar kat TV 1 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Bersambung……..

No comments: