Saturday, May 22, 2010

Padil Si Baran (episod 1)


Sapa tak kenal Padil. Budak belia yang baran nak mampos. Sejak baby lagik mak ayah padil dah dapat syak perangai baran si padil nie. Pernah satu ketika umur padil baru mencapai level minum susu badan ibu telah menunjukkan belang barannya. Di kala ibunya agak terlewat untuk menyuakan puting semulajadi badan ke mulut Padil. beliau telah mengigit secara sengaja mengigit puting ibunya sehingga bengkak membesar. Mengakibatkan ayah Padil terpaksa menerima satu suapan putting sahaja sewaktu malam-malam keinginan sedang memuncak.

Begitulah Padil. Sejak kecik dah tunjuk perangai baran. Pening mak ayah padil sehingga memaksa mereka bersetuju untuk tidak menambah bilangan ahli keluarga takut-takut production yang terjadi nanti juga berperangai baran seperti Padil.

Sudah puas mak ayah padil berjumpa tok bomoh, dukun, pawing dan segala mcm style perubatan tradisional, alternative dan tidak kurang juga moden untuk mengurangkan tahap kebaranan si Padil. Tapi semuanya tidak menjadi. Seperti ader Jin bapak besar superpower yang jaga Padil. Sampaikan jin tok bomoh siam yang berusaha mengubati Padil memohon berhenti kerja serta merta dengan notis 24 jam. Jin pun serender ngan sifat kebaranan Padil.

Pernah suatu ketika, di waktu Bomoh import dari Africa datang untuk mengubati Padil. Kebaranan Padil datang memuncak sehingga ketahap maksimum giler babeng. Tok bomoh tue di terajang oleh Padil di perut beserta kombo karate di tengkuk. Sehingga sekarang bomoh tue teleng kepala beliau akibat tindakan drastik si Padil. Di sebabkan seekor nyamuk yg hinggap di peha Padil dan di tepuk tok bomoh sehingga memeranjatkan dan langsung memotong lamunan Padil menyebabkan tok bomoh itu menerima akibatnya. Atas tindakan Padil yang sungguh kurang sopan dari segi nilai akhlak budi pekerti itu, persatuan bomoh-bomoh professional telah black list nama Padil dan seisi keluarga. Mereka menanggung kerugian yang tinggi akibat daripada kehilangan Jin, hantu raya, polong, toyol dan tidak lupa juga drakula yang berhenti kerja serta-merta kerana di tempeleng oleh Padil.

Bila padil meningkat dewasa, perangai barannya semakin menjadi-jadi. Pantang silap sket habis di karate atau di lempangnya benda-benda yang ada di depan mata. Pernah Padil melempang ketua kampung beliau kerana Padil mengatakan bahawa dekat Eskimo ader orang jual ais krim. Sehingga kini dengar khabarnya Tok ketua kampung Padil menjadi bengap dan bodoh-bodoh alang kerana lempangan Padil yang maha baran tue.

Akibat perangai baran Padil yang sudah melampaui batas tatasusila, seorang mahaguru kampung seberang yang memang terkenal dengan keganasan libasan padu mautnya telah di upah oleh penduduk kampung untuk menundukkan Padil dengan harapan baran Padil juga akan turut sama tunduk. Mahaguru itu bersetuju untuk beradu kebaranan dengan Padil. Bersiap sedialah 12 purnama demi persiapan mental, fizikal, zahir, batin, jin dan juga jampi serapah untuk menewaskan Padil nanti.

Bersambung……..

No comments: