Wednesday, January 27, 2010

suatu hari di pagi rabu


Pagi nie aku bangun awal. Selalunya lepas subuh aku akan menyambung tido sebarang dua. Tapi oleh kerana ada urusan penting di Bank aku cekalkan mata untuk tidak meneruskan aktiviti kegemaran aku itu. Pukul 8 pagi aku dah turun ke bawah membeli nasi lemak berlaukan sambal ayam beserta air nescafe o yg ku bancuh sendiri. Perghhh..mmg terbaik doh pagi-pagi mcm nie bersarapan.

Selesai mentekedarah, aku melakukan aktiviti penghadapan utk memuaskan nafsu mulutku. Sebatang rokok berjenama L&M menthol utk di hisap. Perghh...baru terasa kenyang dan puas beb. Aku mengerling jam di nset berjenama sony ericsson. Sudah pukul 8.45, menunjukkan waktu utk aku bersiap utk keluar rumah menyelesaikan masalah aku di bank.

Broommm....moto kriss tua aku tue aku pecut laju. Kalau wat modified sket kompom bleh cicirkan rossi dengan syarat dier mesti bawak moto yg sama umur ngan motor aku nih. Sampai sudah aku di Bangi seks 1. Sedang aku ingin mencari tempat nak parking, aku terkedu buat seketika. Aikk..mana bank nih. Kelihatan bank yg selalu aku berurusan bertahun-tahun lamanya seperti sudah di tutup. Bankrup ker aper nih. Takkan la bank yg di jamin kerajaan sepenuhnya boleh bankrup, getus hati kecil ku. Dah pindah la kot nih, Tapi dier pindah kat mana, tak tampal notis pon, getus hati kecilku lagi.

Aku terus meninggalkan tempat itu untuk mencari lokasi pemindahan bank yg baru itu. Terdetik di hatiku utk ke sek. 9 tatkala melayan perasaan. Mana tau kot2 diorang pindah kat situ. Aku pun terus meluncur laju utk kesana hanya berbekalkan suara hati. Kini aku di dalam kawasan sek. 9. Dari kejauhan aku sudah nampak signboard bank tuh kat situ. Perghh..betul siot. Kalau aku umumkan kat org ramai nih kompom aku kena cop jadi wali pas nih. Hahahahaha.....

Sampai sudah di bank yg telah aku temui itu, Aku pun park moto dan masuk kedalam. Isi borang dan terus ambik nombor giliran. Tak lama pun aku menunggu kerana aku antara pelanggan mereka yg terawal. Nombor giliran aku telah di panggil utk ke kaunter 2. Aku pun memulakan aksi pengaduan.

Aku : kak, saya nak tukar kad lah. Kad saya nih dah rosak. Dia tak boleh nak baca.
Akak bank (AB) : ermm..kalau abg nak buat kat sini kena tunggu dalam 2 minggu, tapi kalau nak keluar duit boleh la. Sebab kami kehabisan stok.
Aku : ohh...macam tuh saya keluar duit ajer la. Kat caw.  mana boleh saya pergi nak tukar kad nie?
AB : Abg boleh pergi kat pekan kajang tu. Tapi kat situ busy sket. Saya suggest abg pergi dekat Unikeb bangi yg dekat UKM tuh.
Aku : ohhh...kat situ pun ader Caw. jugak yer.
AB : Ha'ah ada...kat situ tak busy sangat. Urusan boleh cepat sikit.
Aku : ermm..terima kasih.

Selesai urusan pengeluaran dengan menggunakan Buku. Aku pun cepat2 beredar utk ke tempat yg di katakan itu. Mmg la duit dah keluar tapi giler la kalau nak kuar duit pakai buku jer, Kot2 tersangkut tengah malam kat mana2. Mana ader opis bukak malam-malam buta nak tolong copkan buku aku nih tuk kuarkan duit. Heh...

Kini destinasi seterusnya iaitu di unikeb telah pun tiba dengan jayanya. Sebelum aku masuk ke bank aku try dulu card aku wat kesekian kalinya. Ya..mmg card nih menunjukkan yg dier nak kena tukar baru. Cesss..takde kualiti langsung ko nih. Aku pun masuk kedalam bank dengan muka yg macho. Benar seperti yg di gambarkan tidak ramai org di dalam bank. Aku pun memulakan aksi seperti tadi dengan mengisi borang, dan mengambil nombor giliran. Kemudian aku pun duduk dengan penuh kemachoan. Sambil2 sempat menjeling awek2 UKM yg sedang berurusan di kaunter. Ramai betul awek2 kat sini. Cun2 plak tuh. Mana satu yg aku nak pilih jadi awek nih. Sempat juga aku mengerling wajah2 mereka ketika mereka mahu beredar. Sempat aku mengerling tajam di wajah2 mereka. Bau wangi-wangian mereka menceroboh di kedua belah lubang hidung aku nih. Mandi dengan minyak wangi ke apa diorang nih. Ummhhh..wangi2 itu membuatkan hati ku bertambah gelora. Serentak dengan itu suara hati kecil ku berkata, abg solo lagik dek. Jom la kiter kapel. Aku harap salah seorang dari mereka boleh membaca isi hatiku ini. Lantas menerimanya dengan hati yg terbuka. Gila jauh merapu. Hahahahaha....

Ya...cerita pasal awek tadi sudah pun tamat, kini tiba masa utk aku menunggu di dalam bank yg kemain sejuk suhu biliknya. Terdapat 4 kaunter di situ. 2 kaunter terletak papan tulis di tutup. Sila ke kaunter sebelah. Kelihatan di salah satu kaunter yg tutup itu ader seorang lelaki sedang leka membaca akhbar. Perghh..mana motto kepuasan hati pelanggan adalah keutamaan kami nih. Ader kaunter banyak pun tapi xde org. Baik bagi aku jaga kaunter tuh. Cessss.....

Kelihatan no. di papan hadapan menunjukkan tidak lama lagi aku akan dapat menyelesaikan urusan aku sekejap lagik nih. Pasal tak lama lagi turn aku pulak. Ting...ting...no. **** kaunter 2, suara awek komputer berkumandang. Aku pun wat muka macho sambil berjalan dengan perasaan riang. Aku pun memulakan bicara. Baru sahaja aku hendak membuka mulut untuk menyuarakan masalah aku. Akak kaunter itu terlebih dahulu bersuara.

"maaf encik, system kami down. Satu Malaysia problem nih" kata akak kaunter tuh.

Hampir tenganga mulut aku ketika mendengarnya. Seakan mahu menjerit di situ. Tapi oleh kerana kemachoan yg aku tunjukkan sebentar tadi telah menghalang aku melakukan perkara sedemikian rupa.

"Berapa lama yerkk selalunya system ok balik", tanya ku pada akak kaunter.

"selalunya tak lama, tapi kadang-kadang dalam 2,3 jam jugak la nak tunggu ok", penerangan akak tuh yg ringkas dan padat.

Aku menghamburkan senyuman dukacita pada mereka dan melangkah longlai keluar dari bank itu. Kelihatan abg botak iaitu brader yg bernombor giliran sebelum aku tadi sedang enak bercakap2 dengan handphone beliau sambil tersenyum riang. Mungkin sedang memberitahu berita gembira yg urusannya telah selesai. Cesss..abg botak, kerek lu arrr...Hoh..Jeles ku pada abg. botak tidak tertahan lagik nampaknya. Mahu saja aku sabotajkan urusan dier tadi supaya dier bermuram seperti aku. Tapi aku masih waras, kalau masuk jail nanti jangan kata card ATM xleh wat. Mycard pun boleh sangkut taww.

Aku terus menghidupkan enjin motosikal berkuasa kuda 100 cc utk terus pulang kerumah. Kehampaan jelas terpancar di wajahku. Sapa buat lawak bingai kat umah nih nanti, aku sungkit usus besar dier biar dier tak leh nak lepaskan hajat selama setahun. Mujurlah takder siapa di rumah. Maka aku pun mengambil keputusan utk menjelaskan hutang yg tertunggak pagi tadi utk di lunaskan pada badan dan pale otak gua yg penat nih.

ZZzzz...Zzzzz...Zzzzzz.....bank oh bank...kenapa mesti aku bukan abg botak itu. Hah..........!!


No comments: