Sunday, January 17, 2010

Antara kismis doa dan pelempang GPK kanan (part II)~edisi umar

Kali ini aku menyambung kembali kisah antara kismis doa dan pelempang GPK. Aku menyambung kembali kisah kenapa umar mendapat kombo sedangkan kami2 semua mendapat pelempang sorang satu. Sebelum tuh meh aku ceritakan sket latar belakang si umar nih.

umar nih kira budak pandai la jugak dalam math. Kira dier pun dalam geng-geng aku jugak.Banyak perkara menyeronokkan yg dah aku wat ngan dier, selalunya aktiviti mendajalkan rakan2 sekelas. Bagi aku itulah dier hiburan yg paling best sekali sementara nak tunggu waktu sekolah tamat. Umar nih mmg terkenal kat sekolah Terkenal sebab apa?. Sebab si umar nih anak cikgu sekolah tu. Bukan satu tapi dua dengan mak ayah dier sekali jadi cikgu kat sekolah tuh. Jadi korang mungkin dah dapat tangkap kenapa umar dapat combo di sebabkan kesalahan dier makan kismis dalam kelas bukan. hahahaha...kasi aku gelak dulu baru feel bercerita.

Kisahnyer begini, selepas sahaja sesi dilempang oleh GPK, sesi berceramah plak di mulakan. Pada ketika sesi berceramah oleh GPK itulah aku lihat ader satu kelibat sedang berlengang-lenggang masuk dalah bilik ketua bidang utk meletakkan sesuatu. Susuk tubuh kelibat itu mmg amat-amat aku kenali. Perghhh...ader yg kena hell nih karang, getus hati ku. Aku menyinggung umar dan berkata dalam nada berbisik.

aku : masak la ko, mak ko ada kat dalam nih..
umar : ehh..siyal...mati aku..cover aku weii..
aku : ko nyorok belakang aku...

tiba-tiba plak mak si umar nih bleh plak masuk kat dalam bilik GPK, Perghh..aku tengok muka umar dah berubah sket-sket bertukar jadi kaler biru.

mak umar : apa ramai-ramai dalam nih ha...kenapa nih cikgu?
GPK : budak2 kebulur nih semua...makan dalam kelas cikgu hasnah...
mak umar : Waktu rehat xcukup ke korang makan tadi?
kami semua : diam seribu bahasa (dah salah senyapkan lebih elok)
GPK : si umar nih pun sama jugak cikgu..nie dia haaa...?
mak umar : kau pun ader jugak...xcukup aku bagi kau makan kat umah tadi hah...?
umar : makan kismis jer..xkan xboleh..?
mak umar : makan juga tu..buat malu aku jer kau nie...amik nih..!

zaaaassss...seperti yg di duga..akhirnyer rotan GPK sudah memakan punggung umar, hasil libasan power dari ibunya sendiri. Serentak dengan itu suara umar memecah kesunyian kami. umar pun menjerit kesakitan.

umar : aduh mak sakit...!
mak umar : sapa mak kau..mak kau kat umah...
umar : sakit cikgu...xnak wat lagi dah... (lebasan demi libasan umar kena di punggunya)
mak umar : aku dah bagi kau makan..dalam kelas pun ko nak makan lagik ha...! (terus merotan sambil membebel)

kami semua hanya terpaku melihat umar di libas oleh ibu nyer sendiri merangkap guru lukisan kelas kitorang. Mmg masak la kau umar pas nie. Silap2 balik umah nih mmg kena lagi sepam dua lagik nih. Sedang elok kami semua memandang aksi2 mengelitik si umar, kelihatan seorang lagi kelibat manusia datang memasuki bilik GPK. Aku hanya mampu mengeling-gelingkan kepala kerana memikirkan satu lagi hell yg bakal di lalui oleh umar. Kelihatan wajah ayahnya memasuki bilik, sambil melihat isterinya sedang merotan anaknya demi sebuah
pengajaran.

Ayah umar : apa hal ramai2 duduk dalam bilik nih ?
GPK : budak2 nih semua kebulur makan dalam kelas hasnah..
ayah umar : waktu rehat korang xmakan ke hah..? (soalan sama lagik tanye...)
kami : ........ (senyap membisu sambil memndang ke lantai)
ayah umar : cikgu bagi saya pulak rotan tuh (sambil meminta pada mak umar)

rotan sudah bertukar tangan menandakan servis sudah bertukar tangan kepada ayah umar. umar kini sudah hampir pasti menderita. macam org kata masuk mulut buaya keluar masuk mulut rimau pastu di tersumbat dalam mulut singa. Begitulah perumpamaan yg boleh di katakan utk situasi si umar yg malang.serentak dengan itu, satu libasan smash tahap rashid sidek mengenai punggung umar, serentak dengan itu juga umar melompat kerana terkejut dengan libasan  yg maha dasyat itu. Perghhh...aku harap jangan la aku pun turut sama di libas nanti. Tiba-tiba aku berharap sangat semuga aku boleh beredar dari bilik tuh. Perghhh...macam kena tangkap sbb rogol anak org pun ader. Padahal kesalahn just makan kismis doa tu jerr. Nie sumer sbb atin la nie, klu tak dier punya magic bodow tuh, xde la org tua tuh mengamuk sakan, xde la aku masuk dalam bilik GPK hell nie.

Setelah sekian lama dalam bilik GPK tuh dan umar telah pun selesai di beri combo hukuman dari kedua ibu bapanya. Kami pun di benarkan pulang ke kelas masing2. Aku tengok umar dah jalan mengenkang dah. Kompom balik nih ko tido menungging la umar, getus hati kecil ku.

Tapi siapa sangka, setelah 12 tahun perkara itu berlalu. Kisah itu tetap menjadi bualan kami semua. Banyak sungguh kisah2 nakal kami yg tetap segar di ingatan. Nanti2 kalau aku ader masa aku leh citerkan kat korang plak. Kita pelan2 kayuh okeh, jangan gelojoh sangat. Tak baik. hahahahahha...!

Kini semua pesalah makan kismis doa tuh sudah berjaya dalam hidup masing. Umar kini menjadi penjawat awam di putrajaya dan bakal jadi suami xlama lagik. Sharul dah jadi suami org dan bekerja dgn syarikat GLC di cyberjaya. Atin kini bekerja sbg engineer di petronas, kini bertugas di sarawak. Status atin tidak di ketahui kerana lost contact. Zely plak xbanyak citer pasal dier, lepas PMR cabut lari gi teknik. Dengar citer beliau jadi pelajar terbaik teknik tu dan sambung degree kat Universiti petronas. Pizan plak, amik bisness study kat poli pastu sambung kat UPM. Status pizan dah kahwin jadi bapak org pun dier. Bekerja ngan kerajaan negeri di sebuah daerah si melaka. Azam pun aku lost contact, dengarnya dah bukak kedai computer sendiri kat KL lepas abis belajar kat UMS dulu. Aku pulak antara pelajar yg belum selesai lagi belajarnya. Dah tentu status pun masih bujang. Tapi apa-apa pun pesalah-pesalah kismis doa dulu dah berjaya dalam hidup masing-masing. Mmg tak sia-sia aku beli kismis ko pizan, dah la dapat pelempang GPK kene bebel dan last skali kami semua berjaya dalam hidup masing-masing.

Tahniah buat kami semua dan ucapan jutaan terima kasih pada Pizan kerana menjual kismis doa tuh pada kitorang. Tak lupa juga pada pembuat kismis doa kerana membuat jenama kismis yg sampai skang aku gelak sorang-sorang klu tengok jenama kismis tuh. nama kismis tuh aku rahsiakan. nanti kena saman susah plak aku. Tak lupa juga cikgu hasnah kerana membebel ngan kami akhirnya kami semua dapat B dalam result PMR BM. Buat GPK, tahniah kerana melempang kami, klu tak sudah tentu nama kami tidak ada dalam rekod disiplin tuh.

Ehhh...woii...!!!
sapa abiskan kismis doa aku nih...
aku nak exam esok nih...
beli sendiri la...
aku bagi lempang edisi GPK nanti baru tawww...hahahahaha...

sekian............

No comments: