Friday, January 15, 2010

perkara paling gila yg pernah aku buat sepanjang hidup aku

perkara yg gila yg aku buat adalah pergi makan malam & lepak bersama kawan-kawan di restoren mamak. mesti korang ingat apa yg gila nyer lepak kat mamak ngan member. Perkara gilanya adalah aku lepak kat restoren mamak nasi kadar kasim mustaffa kat penang dan balik hari ke kajang.

cerita nyer begini, pada suatu hari yg hening sekitar tahun 2004 bulan bila aku tak ingat, di kampus aku kesemua student pulang ke kampung halaman masing2 atau senng cerita kat hostel korang, semua budak takde. kalau ader pun dalam 4,5 kerat ajer yg tinggal. Ini adalah di sebabkan oleh cuti umum pada hari jumaat dan pada petang khamis tue berbondong-bondong la mereka keluar pintu pagar kolej. Tinggal la aku dan beberapa kerat manusia yg gagah berani tinggal di hostel tersebut. Niatnya utk lepak di hostel adalah utk mentelaah pelajaran kerana mid term exam yg akan bermula pada hari isnin. Bermula la episod menjadi ulat buku pada hari jumaat dan berazam utk meneruskan tradisi itu sehingga menjelangnya exam pada hari isnin nanti.

Tetapi keazaman makin luntur, kebosanan yg maha kritikal mula menerjah minda. Semangat berapi yg pada mulanya kini mula menurun. Ini adalah kerana keadaan yg maha sunyi yg amat di hostel.Keadaan yg membosankan tahap dewa langit ke sembilan belas ini bermula pada pagi hari sabtu. Rakan-rakan yg mempunyai ideologi yg sama utk menjadi ulat buku mula berbondong-bondong menerjah bilik aku utk melancarkan reformasi atau senang kata melepaskan kegeraman akibat kebosanan melampau. 4 orng kesemuanya termasuk aku yg berazam utk menjadi mat study di waktu hujung minggu itu. Tapi aku cuba utk mencipta sesuatu yg berunsur semangat supaya mereka lebih bersemangat utk study sehinggalah ke hari isnin nanti. Pada mulanya sudah nampak seakan-akan semangat itu kembali meningkat pada 1 jam yg pertama, ia seakan2 bertambah power bila masuk 1 jam yg kedua. Tiba-tiba pada 50 minit sebelum masuk jam yg ketiga, masing2 sudah menunjukkan tanda2 manguap seakan2 mahu berehat seketika utk merehatkan minda.Sebagai ketua kump. aku mencadangkan berehat sebentar dalam sebarang 10 ke 20 minit kemudia akan sambung study semula.

Kami mengambil keputusan utk lelap sebarang dua dan akhirnya terjaga setelah kami bantai tidur hingga ke petang. Ahhh....sudah...pukul 10 pagi start study sampai pukul 12 tgh hari,lepak tido kejap, sedar2 pukul 4 lebih. patut la best tido, hujan plak waktu tuh. Akhirnya niat nak study kembali di tunda kepada waktu malam yg di jadualkan bermula pada jam 8.30 malam. Lagi pun perut masing-masing sudah berkeroncong minta di isikan sesuatu. Keluarlah kami berempat ke restoren yus sg ramal pekena nasi goreng.Bila perut sudah kenyang, hati pun girang. Mata pun naik stim semula bagaikan ingin menyambung tido semula. Sampai di hostel kami berempat lepak2 kejap sambil meleyan perasaan di koridor utk skodeng kot2 ader awek2 yg sama spesis mcm kami tak balik. Tapi hampa kerana hanya melihat tingkap2 bilik yg tertutup rapat.

Akhirnya petang itu di habiskan dengan sesi bahan menbahan, gossip menggossip & apa-apa saja yg bleh menghabiskan masa lapang ptg itu.Akhirnya maghrib pun menjelma. Sesudah siap mandi dan bersolat maghrib secara individu di bilik sendiri. Geng2 study sudah berkumpul di bilik aku utk memulakan acara study secara marathon. Pukul 8.30 malam seperti yg di jadualkan telah bermula. Tetapi apakan daya, semangat kami berkobar-kobar utk bermarathon secara berkumpulan hancur di pertengahan jalan iaitu sekitar jam 9.15 mlm.Ini adalah di sebabkan salah seorang daripada kami meluahkan kata-kata keinginan makan nasi kandar. org itu adalah aku, semua mereka yg ada terhenti dan memandang antara satu sama lain. Bagaikan sekumpulan komando ingin menawan kubu musuh, hanya dengan memandang muka masing2 seolah2 sudah tahu apa jawapannya dan keputusannya.

BUMMMM...pintu kereta di tutup kemas. 4 org kesemuanya sudah siap sedia melancarkan misi mencari nasi di arae kajang & bangi. Pusing2 punya pusing punya pusing akhirnya melancarkan serangan pula pergi mencari di area ampang. Kononnya, member tahu ada kedai nasi kandar kat situ yg sedap & power. driver pun memulakan langkah menuju MRR2 dan sehinggalah 30 minit pusing2 jangan kata kedai, jalan nyer pun xjumpa. Mangkuk tingkat betul,perut dan main lagu irama slow rock nih. LAst-last ader satu suara yg menutarakan pendapat & falsafah yg bernas di kala itu. Katanya "dah jauh kita jalan nih nak makan nasi kadar nyer pasal...alang2 jalan jauh2 nih baik gi makan restoren original nasi kandar terus kat penang.Suara pandangan itu bagaikan di persetujui ramai. Driver terus berkata " aku set aje" minyak & tol kita tong-tong"..

vroommmmm...vroooommm..enjin V6 jenama perdana keluaran proton sudah memasuki highway ke arah utara tepat jam 11 mlm entah pukul baper aku xingat tapi yg pasti dah pagi sampai di penang.Kebetulan ada mat penang dalam geng nie, dia bawalah kami makan di restoren nasi kandar kassim mustafa yg tunjuk kat dalam filem anak mami tuh. Makan punya makan, lepak punya lepak, sembang punya sembang, rokok demi rokok akhirnya kami pun mahu pulang ke sangkar maisng2 di bangi. masa tuh siap sembahyang subuh kat masjid kat penang.Apa namanya aku tak ingat, nama jalan pun haram tak tahu. Kemudian kami pun teruslah pulang ke kajang dengan masing-masing berkata sesama sendiri " apa gila yg kita buat hari ini..nak study konon cessss..study xmasuk..nasi kandar yg masuk perut".

akhirnya, sesudah matahari terbit jam berapa tak ingat dah, sampai la kami di kolej kediaman masing2.Barulah terasa penangan nasi kandar kassim mustaffa menunjukkan taringnya. Mata baru nak kuyu & mulut tak henti2 menguap. Akhirnya kami pun melelapkan diri di bilik aku. Tidolah kami dengan jayanya dan tenang setenangnya. Akhirnya bangunlah kami berempat di kala terdengar keriuhan kolej menandakan penghuni-penghuninya sudah kembali. Jelas terpancar kegembiraan yg tidak terkata di wajah kami. Perut pun lapar, kami pun keluar sekali lagi mencara makan. kali nie, kami pergi dekat je, kat perantau sg.ramal tuh. Selepas makan kami pun pulang ke hostel dan akhirnya kami kembali menjadi habitan yg sebenar. Baru kami tahu, kami bukan mat study atau ulat buku, tapi kami mat study last minute. Malam itu kami marathon kaw2 punya sehinggalah pagi isnin menjelang utk menjawab exam.

Akhirnya, aku bersyukur dengan result mid term yg aku dapat, kami berempat dapat la score beberapa subjek yg di gemari dan lulus cemerlang dengan subjek yg kurang di gemari. Tidak sia-sia kami makan nasi kandar di penang dan marathon study pada malam ahad tuh. Sekianlah saja cerita gila ku pada korang semua. Harap semuanya terhibur...

p/s cerita ini adalah cerita benar, tidak ada sedikit pun tokok tambah dari aku, setiap detik aku ulas dan ceritakan supaya nampak best.

Akhirnya draft thesis yg aku patutnya hantar jumaat nie tak siap-siap lagik. boleh plak aku sambung dari type thesis terus ke type cerita gila aku nih. panjang lebar plak tuh. nak type thesis satu page pun makan masa sehari. Adoii aiii...bila la nak siap thesis aku nih?

No comments: