Tuesday, January 26, 2010

Petang yg kurang damainya

Cepat la syam...kau nih lembab la bawak basikal...kayuh mcm pondan. Jerit aku pada syam. Iyer la..aku tgh kayuh la nih...ko nak laju mcm mana lagik, Balas syam pada aku. Geng dah tunggu dah tuh...kang lambat lak sampai, balas aku kembali pada syam. Syam tidak membalas kata-kata aku tetapi terus focus pada kayuhan basikal jenis Leerun yg baru berusia 2 minggu. Berkilat lagik beb basikalnya.

Peluh di dahi sudah terbit. Tempat yg ingin di tuju sudah semakin hampir. Kelihatan geng-geng sepermainan sudah memulakan aktivitinya tampa menunggu ketua mereka dan ahli kekananan mereka sampai. Cesss...mmg nak kena korang nih. Korang wat projek tampa tunggu boss yer. Degus hatiku.

Itulah dia projek yg aku cadangkan pada mereka semalam iaitu mandi di lombong tinggal yg berhampiran dengan kawasan perumahan tempat tinggal aku. Tiada istilah takut atau mati dalam diri kanak2 yg sudah menjangkau 11 tahun. Apa yang peting adalah happy berkubang dan mandi manda pada kolam lombong yg kedalaman nyer lebih kurang tinggi betis aku. Memang la tak takut pasal dalam tuh ajer. Pergi la jauh mana pun. Kompom tak lemas punya. Tapi kalau pergi ke kolam satu lagik. Memang kompom bomba dan pasukan penyelamat sampai nak cari mayat kitorang. Heh....

Aku sudah sampai di sisi geng-geng yg setia menanti aku. Kelihatan fuad, lihen, jaaf dan ihsan sedang seronok berkubang di dalam lombong tampa menghiraukan kehadiran ketua mereka. Aku juga terlalu excited utk berkubang. Maka terus aku mengeluarkan bungkusan plastik yg ku sorok di dalam baju aku sebelum keluar rumah yg mengandungi sehelai seluar mandi. Aku meredah semak samun yg berhampiran utk menukar seluar mandi. Syam juga turut serta bersama-sama dengan aku.

Mereka yg lain sudah siap sedia menukar pakaian tunggu green light dari boss mereka jer utk buat terjunan tiruk dan berenang gaya anjing laut ataupun katak puru. Kini aku dan syam sudah sampai di tebing lombong utk memulakan aksi stuntman. Ia..aku tahu. Kalau bab-bab stunt nih mmg aku la juaranya dan akan memberi influence pada mereka-mereka yg ingin meniru aksi aku. Aku juga tidak lokek utk menurunkan ilmu itu pada mereka.

Satu terjunan maha power dari aku. Perghhh...nie kalau nurul huda abdullah tgk nih, kompom dier bleh pencen berenang nanti nih. Pelbagai gaya dan aksi aku lakukan. Dari terlentang ke gaya meniarap. Dari renangan bebas ke acara kuak kupu-kupu. Semuanya aku praktikan dalam aktiviti berkubang pada petang itu. Tak kurang juga syam yg mempunya saiz badan yg membolehkannya terapung tampa perlu di paksa.

Kelihatan awan di langit sudah seakan menunjukkan waktu senja. Maka ia bermakna hari sudah menjelang senja dan aktiviti berkubang itu perlu di tamatkan dengan segera. Sebagai seorang ketua yg bertanggung jawab pada anak buahnya. Aku mengarahkan mereka kaluar dan segara blah dari situ sebelum mat-mat pet yg bertandang pada malam hari mengepaw kitorang. Aku segera berlari-lari anak utk menukar seluar kering yg ku pakai tadi. Perghh..mmg syok syiot mandi lombong nih. Boleh challenge sunway lagoon. Heheheheh...

Kini aku sudah pulang ke rumah. Basikal ku susun cantik-cantik. Aku membasuh kaki sebelum naik kerumah. Salam ku beri dan ayahku yg berada di ruang tamu menjawab salam ku. Aku berlari-lari anak menuju ke dapur utk cepat-cepat membuang seluar mandi ku tadi ke bilik air. Boleh cover beb. Tapi apakan daya. Allah itu maha berkuasa. Ia berlaku sekelip mata tampa dapat ku duga. Allah mahu menunjukkan pada bapanya yg anaknya telah melakukan satu kesalahan dan harus di hukum.

Ketika itu adik aku sedang membuat aksi gimnastik di hadapan abg aku di ruang tamu berhampiran dengan ayah aku yg sedang menonton TV. Ketika aku sedang berlari-lari anak itu, kaki aku tersadung pada kaki adik. Maka aku pun terjatuh la seperti sedang di tackel oleh ronaldinho. maka terkeluar la plastik seluar mandi yg aku sorokkan di dalam baju. Perghh...kebetulan mak aku baru keluar dari bilik dan plastik itu jatuh tepat di hadapan beliau.

Terdengar di luar rumah. Azan maghrib sedang berkumandang di udara. Anak-anak yg leka bermain sudah berbondong-balik kerumah masing-masing. Mak cik-mak cik jiran ku yg leka bermesyuarat tadi sudah pulang ke kubu masing-masing. Di dalam rumah ku pula terdengar bunyi raungan tangisan dan di sertakan pula suara pujuk rayu seorang anak lelaki meminta ehsan. Entah berapa lama si anak meningkatkan pitching tangisan nyer sehingga sama level dengan tarikan suara si ning baizura.

Di samping itu ia juga turut di selang selikan suara ceramah tentang bahayanya mandi di lombong tinggal. Maka mulalah si anak lelakinya itu membuat pengakuan keinsafan utk tidak mengulangi perbuatannya itu. Setiap perjanjian keinsafan itu disertakan sekali dengan hukuman rotan sedepa tangan si ayah tuk memberikan hukuman dan pedoman.

Di dalam bilik air, terdengar suara sedu sedan si anak sambil mandi mencedok air di kolah. Setiap aksi di dalam bilik air itu disertakan dengan esakkan sedu sedan si anak. Maghrib itu si anak pergi mengaji di rumah Ustazah jamilah dengan berbekalkan mata yg bengkak akibat mengangis dan juga parut di peha yg oedih raser ketika bersila. Si syam yg menjadi tulang belakang aktiviti petang itu aku lihat turut kelihatan bengkak matanya. Kelihatan 3 calitan merah di tangan kanannya. Ermm..apakah dia juga turut menerima hukuman dari kedua ibu bapanya. Malam itu aku tido awal selepas sahaja pulang dari mengaji. Kesedihan masih lagi menyelubungi diri sehinggalah di kejutkan oleh mak aku utk bangun pergi kesekolah keesokan paginya.

Kini sudah 15 tahun perkara itu berlalu, sekitar hari raya 2009 yg lalu aku bertemu kembali dengan syam yg pulang ke kampung halaman bersama-sama dengan isteri dan anaknya yg berumur setahun lebih. Sakan aku borak dengan syam di pangkin tempat kami bermesyuarat sekiranya masing-masing pulang ke kampung. Aku mengakhiri sesi borak-borak itu dengan mengajak syam kembali mandi di lombong tinggal. Akhirnya syam membalas kata-kata ku. Kau nak mampus....dah buang tebiat......dah besar panjang nak mandi lombong...Hawau kau...Hahahahahahaha....

Oh lombong...sebab kau la aku ader parut kat peha kanan nih.......Heh...


No comments: