Thursday, August 19, 2010

melastik ke bintang [episod 4]

Sesudah Acai membasahkan tekaknya, sudah pastilah dia ingin untuk membuang masa lapangnya yang terlalu lapang. Apa yang ada hanyalah pilihan dari hati yang ikhlas serta akal yang waras. Acai kini mempunyai dua pilihan untuk menghabiskan sisa petangnya sebelum dia keluar melepak bersama kutu-kutu seangkatannya.

Pilihan pertama adalah mengankang di depan tv yakni di sebelah emaknya sambil menonton telenovela Negara seberang dan mempunyai peluang cerah untuk di bebel. Kemudian untuk membataskan serangan bebelan emaknya, Acai akan segera buat-buat tidur dan mungkin emaknya akan segera membalas pertahanan Acai itu dengan cubitan level 3 yang akan menuju tepat kearah peha yang terdekat.

Pilihan kedua ialah Acai akan bergerak menuju ke biliknya sambil mendengar lagu. Tetapi risiko yang perlu dihadapinya ialah beliau akan segera tertidur setelah kekenyangan dan akan berkemungkinan besar akan terlepas peluang untuk melepak, juga menghirup udara petang sambil mengusha atiqah yang baru pulang dari kilang membuat sarung tangan plastik.

Pilihan kedua ini telah banyak kali mengagalkan aktiviti petangnya. Acapkali juga dia tersedar apabila ayahnya mengejutkan bangun untuk mandi kerana waktu sudah hampir kepada senja. Ketika itulah juga bebelan dari kedua-dua belah pihak akan segera menerjah ruang telinganya. Ini akan membuatkan Acai menjadi lebih runsing dan juga kurang produktiviti. Ia juga boleh menjadikan Acai punya imaginasi malam untuk bersama atiqah akan berkurangan dan malahan boleh kepada mengundang kekecewaan kerana imaginasinya tidak menjadi seperti selalu.

Bersambung……………

No comments: