Monday, August 9, 2010

melastik ke bintang [episod 3]

Acai membuka matanya. Rupa-rupanya dia terlena semasa sedang mendengar mp3 tadi. Sudah pukul 2.30 ptg. Bukan nyenyak dia tidur. Acai bangun dalam keadaan malas. Perutnya sudah berbunyi menandakan perutnya minta di isi. Tapi Acai seorang dewasa yang patuh pada perintah tuhan. Dia bersolat dahulu. Itu sajalah perangai yang boleh menyejukkan hati emak dan ayahnya. Sembahyang memang tak pernah tinggal. Cumanya kadang kala sebagai manusia biasa adakalanya solatnya hampir terlajak juga. Kadang kala juga untuk mengelakkan emaknya membebel, Acai akan bersolat juga. Maka terhentilah bebelan emaknya. Walaupun ketika itu Acai tidak punya wuduq. Entah perangai sapa yang Acai ikut. Macam setan perangai.

Selesai Acai menunaikan solat, Acai membuka pintu biliknya dengan kadaran yang amat perlahan sekali. Di perhatikan di bahagian ruang tamu. Kelihatan, emaknya begitu leka melipat baju sambil menonton telemovie dari negera seberang. Begitu khusyuk skali. Berjengket-jengket Acai keluar dari bilik untuk mengelakkan emaknya terganggu dengan derapan kakinya berjalan nanti.

Acai membuka tudung salji yang telah berada di atas meja. Perghhh, terhidang lauk ikan pari bakar berserta dengan kuah cicah air asam skali. Hampir menitis air liur Acai apabila melihat menu makanan yang terhidang di atas meja.

Tanpa berlengah Acai terus menyenduk nasi. Agak-agak ianya mencukupi dengan keperluan perutnya. Acai terus mengambil tempat untuk memenuhi kehendak nafsu perutnya. Begitupun Acai tidak lupa untuk membaca bismillah. Untuk mendapatkan keredhaan dan juga untuk mengelakkan dari si setan makan bersama. Kalau di bukakan hijab matanya, mau dia terajang je setan yang sibuk-sibuk nak mengecek ikan pari bakar kepunyaan beliau. Itupun kalau boleh la!.

Dengan tangan kanan menyuap makanan dan tangan kiri memegang pemukul lalat. Time-time begini lalat memang suka mengangu kosentrasi dan juga tempo suapan nasi ke dalam mulut. Di gaul-gaulnya nasi putih itu. Kemudian di cubitnya ikan pari dan di cicahnya pada iar asam dan di gaul supaya sebati dengan nasi dan terus di masukkan ke dalam mulut. Dalam 4,5 suapan, tangan kiri pula menjalankan kerja untuk memukul lalat yang sudah sememangnya tidak paham bahasa. Begitulah keadaannya ketika Acai membaham makanan tengah hari yang terhidang. Jelasnya ianya tidak dapat melihat betis gadis-gadis yang gebu seperti mana ketika dia makan di kedai-kedai makan.

Acai menghabiskan sisa-sisa nasi yang berbaki di dalam pinggannya. Lebihan ikan pari yang ada, diratahnya. Tulang-tulang lembut ikan pari bakar, di sisipnya dengan kemas. Kemudian dia menengguk air oren ais yang juga telah siap sedia terhidang bersama makanan tengah hari tadi. Dengan keadaan cuaca yang agak membahang, memang sesuai sangat air oren ais itu di hidangkan.

Selesai semuanya, Acai terus berjalan perlahan-lahan menuju keluar rumah. Dia bersandar di dinding pada satu sudut rumahnya. Acai mengeluarkan sebatang rokok kretek dan di mampatkan tembakaunya pada lighter. Di cucuhkan api lighter yang bernyalaan sederhana pada tembakau rokoknya. Begitu sempurna sekali. Terus di tarik dalam-dalam asap rokok dan kemudian menghembuskannya dengan keras dan deras. Terasa nikmat sekali. Ianya sukar di mengerti oleh manusia yang bukan di kategorikan sebagai perokok. Nikmatnya begitu sempurna. Tapi paling sempurna jika rokok sedap yang sedang di hisap ketika ini.

Jika di hadapannya kini ada seorang budak sekolah yang tidak cukup umur melakukan perkara yang sama seperti apa yang dia lakukan. Sudah tentu dia akan melempang budak itu dengan lempangan yang kuat sehingga budak itu boleh melayang dan tersadai di ampaian baju di belakang rumahnya. Sehinggakan asap rokok budak tu tidak sempat hendak di hembus keluar. JIka budak itu boleh banging kembali sambil menghabiskan baki rokok yang ada di tangannya, Acai akan memijak budak itu selaju yang mungkin. Mungkin kelihatan sama seperti di dalam cerita wrestling. Tetapi Acai tidak mahu bergaduh hanya memakai seluar dalam. Tidak senonoh nampaknya. Itulah pengajaran pada seorang budak sekolah yang cuba untuk berlagak seperti seorang brader-brader seperti Acai.

Baki rokok di tangan sudah sampai ke penghujungnya. Di buang putung rokoknya jauh-jauh. Kali ini tiada binatang yang terkena balingannya. Acai menghembus baki asap yang tertinggal di dalam mulut dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Langkahan kaki Acai laju bergerak ke arah dapur untuk mendapat air oren air tadi untuk membasahkan tekaknya.

Bersambung……..

No comments: