Friday, March 9, 2012

Aku Seorang Engineer #1


Dah masuk 1 bulan 9 hari aku mengangur. Itu bermakna sudah 1 bulan lebih aku mengangkang kat rumah. Bangun sampai matahari tegak di langit. 

Rutin harian adalah sama. Bangun tido, on PC, basuh muka + gosok gigi, bukak almari lauk usha usha balance sarapan yang tak sempat aku nak jamah, bawak masuk bilik dan makan sambil layan movie yang aku tengok separuh-separuh. Habis makan, aku akan bukak email dan pesbuk secara serentak.

Setelah kebosanan, aku sedia untuk mandi, solat zuhur dan kembali ke PC untuk melihat status Job Street. Apply mana mana jawatan yang berkelayakan atau hampir layak dan kembali semula ke pesbuk. Buka dan baca blog yang telah di klasifikasikan sebagai sedap sedap. Kemudian makan tengahhari secara solo sambil menonton movie.

Petangnya akan di serikan dengan menonton movie online di Youtube ataupun melepak bersama dengan orang-orang kerja pejabat yang telah balik dari pejabat. Apabila Azan Maghrib berkumandang, itu menandakan aku telah balik lewat untuk pulang ke rumah.

Apabila malam menjelma, bermaksud acara melepak di kedai kopi sehingga mengantuk dan boring. Tapi sehingga kini belum lagi istilah boring itu menjelma. Tengah malamnya adalah aktiviti berinternet dan juga game sampai mata mengantuk.

Itulah aktiviti hidup saya, macam setannnn………..

No comments: