Sunday, December 12, 2010

Kehilangan gas

Malam kelmarin gua bersungguh-sungguh nak bersukan, nak membuang lemak-lemak yang dah lama berkumpul dalam badan gua ni. Balik dari melepak, gua dah membuat perkiraan yang rapi untuk membeli alat bantuan menyepak bola yang di namakan kasut sukan untuk bermain futsal.

Setelah lebih kurang 4 tahun menyepi dalam arena menyepak bola, kini! Gua kembali mengalas cabaran dan lemak yang terkumpul. Siangnya gua, bergerak meneruskan misi membeli alat menyepak bola di sebuah kedai popular menjual alatan sukan pada masa kini di Melaka Sentral.

Sebelum membeli peralatan, gua pergi memenuhi jemputan kenduri yang sudah tentu menjamu mulut dan menambahkan lemak-lemak di badan. Memandangkan gua sudah bertekad untuk mengurangkan lemak-lemak di badan, maka gua mengambil kuantiti yang maha sedikit demi untuk mengalas cabaran malam nanti.

Berbekalkan semangat kesukan yang tinggi dan modal kuasa membeli yang amat minima, maka gua telah memilih alatan menyepak bola berjenama antarabangsa yang bernama umbro.

Kajian yang telah gua lakukan secara rambang melalui internet, agak ramai pemain bola sepak yang handal dan bertaraf antarabangsa di sponsor oleh umbro. Antaranya seperti John Terry, Deco, Owen, Hernan Crespo dan ramai lagi yang gua tak kenal siapa mereka. 

Dengan berbekalkan semangat dan inspirasi kehebatan mereka, maka secara tidak langsung gua telah merencana sedikit sebanyak taktik yang boleh mengancam pihak lawan. Segala jenis ilmu taktik menyerang dan bertahan telah gua terapkan melalui pengalaman gua bermain Football Manager (FM). Semangat gua berkobar-kobar umpama api obor-obor di sukan olimpik.

Malam permulaan telah pun tiba. Aksi sulung gua setelah sekian lama tidak berkecimpung dalam, arena sepak menyepak. Lebih kurang 4 tahun lamanya gua menyepi. Berbekalkan kasut futsal berjenama umbro dan semangat inspirasi Michel Owen dan Hernan Crespo, gua begitu berkeyakinan bahawa masih tertinggal lagi sisa-sisa kehebatan dan skill gua dahulu.

Tepat jam 12.30 malam, tamatlah aksi sepak menyepak antara mereka-mereka yang suka bersukan waktu malam. Pada waktu yang sama, peluh jantan dan keringat gua telah di keringkan oleh angin malam dan kipas dinding bersaiz large.

Semangat Owen dan Crespo gua dah tinggalakan tepi court futsal. Kalau ada masa, minggu depan gua datang kutip semangat diorang tuh balik. Gua kehabisan gas malam tu. Gua sempat menjamah bola menggunakan kasut berjenama umbro dalam 2 game sahaja. Di mana purata gua bermain dalam lingkungan 10 minit sahaja dari 1 jam 30 minit masa permainan. Macam gampang!

P/s: MInggu depan gua harap gua boleh bermain purata dalam 4 game dan berjangkamasa 30 minit masa permainan.


Kasut umbro gua yang bakal menjejaskan kaki & pintu gol pihak lawan tidak lama nanti. Harap-harap gua bleh fit dalam masa yang terdekat! 

No comments: