Monday, December 6, 2010

esah lagenda [episod 6]

Tibalah pada suatu hari, geng 6 pemberontak ini menemui bomoh paling hardcore di sebuah daerah siam. Mereka cuba untuk menyantau Esah dengan ilmu sihir. Geng 6 pemberontak sememangnya sudah berbulu dengan kekayaan Esah. Di tabor fitnah pun orang kampung tak percaya, maka dengan cara membomohkan Esah sahajalah caranya untuk memberikan kepuasan di hati mereka.

Di hantarkan santau paling ganas di alam sihir menyihir ini pada Esah. Perjalanan santau itu bukan main jauh lagi untuk sampai ke rumah Esah. Kadang kala dia terpaksa berhenti bertanyakan jalan pada geng-geng jin jahat yang dia jumpa di sepanjang perjalanannya.

Apabila sampai di lokasi rumah Esah, santau terus menjalankan tugas yang telah di amanahkan padanya. Dia terus menerjah pada Esah yang sedang nyenyak tidur di sebelah suaminya. Entah bagaimana, tiba-tiba Suami Esah berpaling dan berpusing mengambil side Esah. Akhirnya santau itu mengenai suami Esah bukanlah Esah. Jatuh sakitlah bertahun-tahun lamanya suami Esah akibat kesilapan santau.

Setelah bertahun-tahun lamanya menderita, akhirnya suami Esah meninggal dunia. Esah anak beranak sedihnya bukan kepalang. Walaupun mereka sedar yang ibu mereka masih punya banyak wang tetapi mereka tetap sedih kerana tiada siapa lagi yang mahu memasakkan mereka nasi goreng kampung untuk bersarapan ketika ibu mereka, Esah pergi membuat show.

Bersambung……………

No comments: