Monday, December 27, 2010

esah lagenda [episod 7]

Setelah hampir berpuluh-puluh tahun Esah hidup menjanda dan anak-anaknya semua sudah mendirikan rumah tangga dan pandai masak nasi goreng kampung sendiri, maka Esah pun bersara dari arena glamor. Geng 6 pemberontak pun sudah ramai yang insaf setelah mereka pulang dari menunaikan haji pada tahun sudah.

Akhirnya Esah pun meninggal dunia kerana sakit tua. Di tinggalkan Esah sebuah peti besi yang bersolex pada anak-anaknya. Wasiat itu telah di tuliskan oleh Esah di laman Facebook sehari sebelum dia meninggal dunia.

Kesemua anak-anaknya berkumpul untuk melihat sendiri apa kandungan yang berada di dalam peti besi tersebut setelah selesai upacara perkembumian. Anak Esah paling sulung datang membawa kunci solex yang di ambil dari dalam bilik Esah. Di buka peti besi itu perlahan-lahan untuk menambahkan lagi sangsi dan suspen pada adik-adiknya.

Terbukalah peti besi itu. Kesemua adik beradik bangun melihat kandungan isi yang ada di dalamnya. Kesemua mereka berkerut dahinya kerana di dalam peti besi itu hanyalah terdapat sebuah buku usang yang mengandungi teori-teori dan juga gambar rajah yang pelik. Tetapi tidak menyesatkan!.

Terdapat juga sebuah DVD tersisip antara helaian-helaian buku usang itu. Mereka semua berpakat untuk menonton kandungan DVD tersebut. Harapnya bukanlah DVD lucah yang boleh merentap jiwa nurani mereka.

Benar sama sekali. DVD itu bukanlah sebuah DVD lucah, tetapi dokumentari tentang perjalanan hidup Esah ketika menjadi seorang yang popular semasa hayatnya.

Tahulah mereka yang sebenarnya Ibu mereka ini mempelajari ilmu magic dan bukanlah ilmu sihir seperti yang digembar gemburkan oleh orang-orang kampung selama ini. Teringatlah setiap anak-anak Esah seramai 6 orang itu tentang peristiwa melihat ibu mereka seperti terapung di awangan.

Bersambung…………..

No comments: