Friday, January 6, 2012

tajuk special #3


Seminggu dua nie aku bersemangat betul menengok cerita GTO. Terus aku macam ada rasa semangat nak jadi cikgu sambil buat tangan “peace!”.

Makwe makwe yang jadi cikgu sekarang pun boleh tahan tahap kesabarannya. Wajah pun solid lagi. Sesuai untuk perancangan jangka masa panjang. Tapi itu semua soal nombor dua.

Menteri Pelajaran memang tak salah orang kalau dia pilih aku jadi cikgu. Aku kalau jadi cikgu, perkara pertama aku mintak ialah lantikkan menjadi cikgu disiplin. Nama cikgu disiplin nih memang orang kenang sepanjang hayat. Tak kira berapa lama orang itu meninggalkan persekolahan, 10 tahun 3 tahun. 6 bulan, pasti dia kenang cikgu disiplin sampai bila bila.

Port isap rokok dalam sekolah aku boleh hidu. Lubang pagar tempat melarikan diri dari sekolah pun aku tahu, Tempat buat port romen romen aku boleh skodeng dan pelbagai lagi masalah social dalam sekolah.

Jadi, niat aku untuk menjadi cikgu kini semakin berkobar kobar. Insya’allah, esok aku antar resume dekat menteri pendidikan.

No comments: