Monday, January 16, 2012

Antara gaji & Limau Mandarin


Hari ni aku masuk opis macam biasa. Tapi tak macam bulan bulan yang lepas. Sentiasa aware pada email proposal, tender dan juga RFQ. Bulan nie dia punya tenang lain macam. Rekod terbaik aku masuk opis bulan nie adalah jam 10 pagi. Itu jer paling terbaik yang boleh aku buat. Bulan ni last aku kerja kat sini, maklum la nak pencen dah.

Dua hari lepas aku amik cuti 2 hari, khamis & Jumaat. Nak berenti pun amik cuti jugak? Wajib amik untuk rilek-rilek amik mood berenti. Hari sabtu aku cucuk duit kat ATM, aku tgk ada perubahan pada angka baki. Ehh! Gaji dah masuk ke? Ajaib!. Perkataan ini akan terpacul dari mulut anda sekiranya gaji anda masuk ikut “dan” kejap masuk ikut perjanjian, kejap masuk penuh tapi lewat seminggu dua, kejap masuk separuh-separuh dan juga tak masuk langsung.

Tadi ada orang carik aku mintak payment diorang. Aku call boss aku mintak duit. Pasal aku dah semak dengan hal orang mintak payment kejar aku tak kira siang malam dan aku juga tahu yang payment ada masuk bulan ni.

Pantas aku suruh kerani keluar duit cash dan aku suruh orang yang mintak payment tu datang lepas lunch hour. Duit punya pasal tepat jam 2.15 dia sampai opis. Siap bawak limau mandarin lagi 2 kotak. Tak lama lepas tu, tuan punya opis pulak dating tuntut bayar sewa, dia pun bawak 2 kotak limau mandarin.

Sehingga ke pukul 4.30 ptg tadi, Kat opis aku dah ada 7 kotak Limau mandarin. Aku dah mula “aim” 4,5 kotak limau mandarin untuk di jual kat Pasar malam depan opis aku nie. RM60,70 tak lari kalau dapat jual. Boleh jugak aku buat belanja seharian. 

Tapi penyudahnye, Boss aku amik semua 7 kotak tu bawak balik. Cilake!....

No comments: