Wednesday, January 4, 2012

delima seorang jurutera


“Lebih baik sibuk buat kerja dari sibuk cari kerja”

Quote di atas Gua amik dari mulut seorang brader brader. Dia nih gua jumpa masa gua pergi seminar PETRONAS dekat Senai Johor awal bulan 12 tahun lepas. Mulanya dia bercerita tentang perihal ramai budak budak graduate lepas university memohon pekerjaan di tempat beliau. Gua dapat agak dari riak muka dan percakapannya, beliau adalah seorang berjawatan di syarikatnya.

Beliau ingin mencari seorang Engineer yang punyai pengalaman. Tapi budak budak graduate nie mana nak ada pengalaman, setakat praktikal 6 ke 4 bulan tu ada laa sikit sikit. Tapi itu pun tak di kira pengalaman bekerja.

Kita berbalik semula kepada quote ayat di atas. Dulu dulu masa brader sebut ayat tu, gua bukan main angguk anguk kepala tanda setuju. Bukan main bagi thumbs up kat dia. Tapi kini gua tak setuju dengan ayat di atas. 

Lu di terima bekerja dengan jawatan sebagai Engineer di sebuah kompeni 100% bumiputra yang terlibat secara langsung di dalam industry minyak dah gas. Gaji permulaan lu sebagai seorang fresh adalah sebanyak RM1300. Ingat! lu punya kelulusan adalah ijazah sarjana dari sebuah university swasta yang ada nama. 

Lu yang desperate nak cari kerja ni pun terima la position ni. Awal-awal dulu mesti lu cakap dalam hati, dia nak test lu punya power. Macam-macam task dia bagi sma lu, dari lu terkial-kial buat sampai lu jadi terror. Itu gua andaikan, lu berada dalam fasa 1.

Sekarang kita masuk fasa 2. Dalam fasa ini, lu berharap untuk mendapat kenaikan gaji setelah 3 bulan lu bekerja. Paling tidak dapat gaji setaraf dengan kawan kawan lu orang jadi fresh graduate Engineer. Paling tidak!. Tapi lu masih di berikan gaji yang sama dan pada masa yang sama kewangan kompani semakin nipis dan staff stagg hanya di berikan imbuhan dalam RM 300++. Lu mesti rasa sedikit bengang bukan? Tapi masih cekal.

Fasa 3 pula lu dah di janjikan kenaikan gaji. Jadi lu di beri satu task untuk handle satu project yang nilainya hamper RM ½ juta. Lu jadi semakin bersemangat. Pengalama orang orang sekekeliling menjadi sandaran lu untuk membawa bekal ke sana supaya project lu sukses. Lu dapat siapkan project dengan jayanya. Tanpa ada masalah. Semua orang suka termasuk boss lu kerana claim masuk cantekk. Lu masih lagi menerima gaji yang sama.

Kemudian lu di berikan satu task untuk handle project lain, project ni memerlukan lu study balik basic basic yang lu belajar masa di university dulu. Ini project lu yang design dan lu jugak la yang jadi management sampai project ni berjaya. Lu sudah buktikan yang lu berjaya settlekan task tu, tapi gaji lu tetap sama. Ingat, Tetap sama!

Di hujung hujung tahun, kompeni lu mengalami masalah kewangan kembali. Duit duit yang lu bawak dari 2 project sebelumnya telah di laburkan dalam project yang lain. Project itu mengalami kerugian. Jadi, staff-staff dan termasuk jugak lu dapat imbuhan seorang sedikit. Ini gua namakan fasa 4.

Banyak sudah task yang lu buat dengan jaya dan tidak pernah mengecewakan, tapi lu seperti tidak di hargai. Masa Fasa 5 ini, lu ambik keputusan berhenti kerja kerana lu sudah bosan dengan masalah yang sama serta lu tak dapat kenaikan gaji yang lu perlukan. Selama 1 tahun lu bersabar,.janji boss lu masih lagi belum tertunai.

Masih releven lagi ke “baik kita sibuk buat kerja dari sibuk cari kerja” dengan hidup lu, kalau lu berhadapan dengan situasi macam tu.

Kesimpulannya, gua berhenti kerja bulan depan dan tido mengangkang depan TV macam dulu-dulu sambil selak pesbuk dan juga job street untuk cari kerja.

Walaupun dia bagi gua gaji ciput, tapi dia terlepas bagi kat gua pengalaman kerja serupa macam orang dah kerja 5 tahun.

No comments: