Sunday, July 1, 2012

Pelempang Awang singgah ke pipi Dayang #2


Aktiviti Awang lepas subuh tu ada pelik sikit. Selalunya Awang akan “landing” menyambung tido sampai matahari terpacak kat langit. Tapi pagi tu Awang dah duduk steady tanpa gosok gigi kat meja dapur tunggu cekodok Mak Nab siap di hidang.

Tapi memandangkan hari itu adalah hari yang paling mendebarkan bagi Awang. Maka Awang korbankan rutin paginya. Kedengaran di ruang tamu sudah riuh rendah bunyinya. Orang-orang surau yang bersembahyang subuh berjemaah pagi tadi sudah sampai di rumah. Bacaan doa selamat di bawah pimpinan Ayah Awang sendiri di mulakan.

Awang seperti biasa bersiap ala qada' duduk bersila di tepi pasu bunga di ruang tengah rumah. Itupun bagai nak gila Awang menahan mengatuk. Mau aja dia nak angkat tangan berdoa secara berbaring. Tapi nanti tak manis pula di pandang orang kampung.

Kenduri doa selamat itu adalah bertujuan untuk memohon keberkatan illahi semoga hajat dan misi Awang sekeluarga diperkenankan dan dipermudahkan dalam usaha untuk menyunting Dayang. 

Dayang kat rumah tu entah bangun tido ke belom agaknya. Rombongan pertunangan Awang akan di pimpin oleh Imam Sahak Selaku Imam Masjid mukim kampong Awang, AJK Umno cawangan Kampung Awang dan juga Pak sedara Awang yakni merangkap Ayah Awang punya abang.

No comments: