Sunday, July 22, 2012

Pelempang Awang singgah ke pipi Dayang #3


Selesai acara minum kopi dari geng pakcik pakcik dan sesi gossip gossip dari makcik makcik, angkatan peminangan keluarga Awang pun berangkat ke rumah keluarga Dayang. Angkatan peminangan yang di ketuai oleh Imam Sahak bergerak pantas menuju rumah keluarga Dayang kerana cuaca tiba tiba mendung. Awan hitam bergerak perlahan, menandakan hujan akan turun dengan lebatnya. Ada yang jenis gelabah bila tengok hari nak hujan, pantas buat buat sakit perut nak balik rumah.

Di rumah, Awang dengan pantas menukar pakaian seluar pendek bola dan tak berbaju baring terlentang di ruang tamu sambil melayan mata. Angin di luar yang sedap sedap nak tido beserta dengan kesejukan dari kipas siling jenama KDK, Awang pun lelap sambil berdengkur. Takde sedikit perasaan risau yang menghantui kepala hotaknya. Agenda menidurkan diri adalah lebih penting dari segalanya. Dah puas tido karang, baru pikir apa benda yang patut nak pikir.

Dayang pula baru selesai mandi setelah bermandikan peluh dari pagi menyiapkan makan makan untuk menyambut rombongan keluarga Awang. Bukan main bersemangat Dayang nak jadi tunangan orang. Mak dan Bapak dia nak terima ke tidak, itu belakang cerita. Janji ada orang masuk merisik dan meminang. Baru ada modal nak bercerita kat pesbuk.

Rumah Dayang dan rumah Awang nih tak berapa jauh. Selang selorong ajer. Jadi, untuk menyahut seruan kerajaan dan dunia untuk menjaga lapisan ozon, maka mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Itupun atas arahan ketua rombongan Imam Sahak. Ikutkan hati bapak Awang, mahu saja dia naik moto Honda lampu bulatnya tu. Tak kuasa dia nak berpeluh kelengkang berjalan kaki.

Imam sahak memandang ke langit. Titisan hujan sudah turun membasahi bumi sedikit demi sedikit. Lantas Imam Sahak mempercepatkan langkahnya sedikit diikuti dengan ahli ahli rombongan yang lain.

To be continue…………………

No comments: